Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Comel..! Aksi Anak...

TERLALU comel untuk tidak dikongsikan!Atas sebab itu kami paparkan video menunjukkan keterujaan seekor...

PRN Johor: SPR Digesa...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melaksanakan langkah-langkah penting yang dapat...

Projek Jalur Lebar Pinggir...

KUALA LUMPUR - Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar yang akan memberi manfaat liputan...

Nilai Rt COVID-19 Bawah...

KUALA LUMPUR - Negara merekodkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) pada 0.88 untuk tempoh...

Sejarawan British Dakwa Temui Potret Shakespeare

LONDON – Seorang sejarawan British pada Selasa mengumumkan beliau sudah menemui satu-satunya potret William Shakespeare yang dihasilkan ketika penulis tersohor itu masih hidup.

Potret itu yang menunjukkan seorang anak muda tampan dengan susuk tubuh sasa, ditemui seorang ahli botani dan sejarawan Mark Griffiths dalam sebuah buku setebal 1,484 halaman mengenai tumbuhan ‘The Herball’ daripada abad ke-16.

“Inilah kali pertama kita temui potretnya dan dikenal pasti sebagai beliau yang dihasilkan ketika hayatnya,” kata Mark Hedges, pengarang majalah Country Life yang akan menyiarkan rencana mengenai penemuan itu dalam terbitan pada Rabu.

“Dua lagi potret tulen Shakespeare dibuat selepas ketiadaannya.

Jadi, ini sesungguhnya suatu penemuan besar yang mana kita dapat tahu rupa sebenar penulis tersohor itu,” katanya. Dalam buku itu yang mana mengikut Griffiths menunjukkan Shakespeare ketika berusia 33 tahun, memaparkan empat orang yang sebelum ini dianggap sebagai susuk bayangan sahaja.

Tegas Griffiths susuk berkenaan adalah orang sebenar, yang mana bunga dan tumbuhan di sekeliling mereka adalah kod untuk mendedahkan identiti sebenar mereka, satu bentuk teka-teki yang popular ketika zaman Ratu Elizabeth I.


Shakespeare dikenal pasti kerana berpakaian sebagai seorang penyair dan memegang rama-rama fritillary dan jagung manis yang mana mengikut Griffiths merujuk kepada puisi “Venus and Adonis” dan teater “Titus Andronicus”.

Lingkaran daun laurel yang dipakai Shakespeare menujukkan puisi klasik yang memberi inspirasi kepadanya dan teks latin sifer di bawah potret itu tertera perkataan “William Shakespeare” selepas kod itu dipecahkan, kata Griffith.

Beliau mengenal pasti tiga lagi individu dalam potret itu sebagai pengarang buku John Gerard, ahli botani terkemuka Rembert Dodoens dan Bendahari Ratu Elizabeth, Lord Burghley.

Bagaimanapun, beberapa pakar lain masih ragu dengan dakwaan Griffith itu. – AFP

https://youtu.be/uk9zXQo7OhI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori