Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pendatang Panjat Bumbung Eurostar...

PARIS - Seorang lelaki dipercayai pendatang haram maut akibat terkena renjatan elektrik selepas...

Penerbangan Ihsan Bawa Bayi...

SERDANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini melakukan penerbangan ihsan membawa...

Macau Scam: 750 Kes...

SHAH ALAM – Polis Selangor menerima 750 laporan kes Macau Scam yang melibatkan...

Inilah Bulu Mata Terpanjang...

BEIJING - Bulu mata yang panjang dan lentik boleh disifatkan sebagai perhiasan cukup...

‘Prank’ Melampau, Polis Cari Pihak Simen Pintu Kereta Api

POLIS Jerman sedang menyiasat individu tidak bertanggungjawab yang membuat gurauan ‘prank’ dengan membina dinding batu-bata untuk menyekat salah satu pintu kereta api.

Portal Mirror melaporkan tindakan berkenaan menyebabkan pengendali perkhidmatan kereta api terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan yang dialami.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan di depot kereta api di mana mereka yang terbabit memecah masuk pengangkutan awam itu dan membuat dinding batu-bata dengan menggunakan simen bagi menutup salah sebuah pintu.

Difahamkan, ‘prank’ itu hanya disedari selepas kereta api melepasi 12 stesen di laluan S11 di Hamburg, utara Jerman sebelum laporan mengenai kejadian dibuat pada Selasa lalu.


Pihak polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan memberi amaran bahawa tindakan seumpama itu boleh disabitkan hukuman penjara maksimum lima tahun.

– MIRROR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori