WAH, tinggi betul cita-cita Soo Wincci ni.
Ini kerana si empunya diri mendedahkan agenda mendirikan rumah tangga tidak termasuk dalam perancangannya sekiranya impiannya untuk mendirikan universiti sendiri belum lagi tercapai.
“Wincci mungkin tak nak kahwin kerana Wincci mahu buat sesuatu lagi besar. Wincci nak promosi industri seni Malaysia ke pentas antarabangsa dan mahu menubuhkan universiti untuk membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka.
“Jadi, siapa mahukan Wincci yang memang lebih utamakan kerja? Susah untuk lelaki boleh faham kehendak dan matlamat Wincci,” ujar bekas ratu cantik ini kepada sebuah program radio.
Nama Wincci yang juga pernah menyertai program realiti masakan Masterchef Selebriti Malaysia kini semakin mekar berkembang sebagai penyanyi di negara Taiwan.
Semoga impian yang diidamkan Soo Wincci ini dapat dicapai pada satu hari nanti!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: JASMIN