Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Kelantan Semakin...

KOTA BHARU - Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan hanya 66 mangsa...

“DAP Jangan Menyibuk Hal...

KOTA BHARU - DAP diingatkan agar tidak mencampuri urusan parti lain terutamanya usaha...

RCI: Tiada Asas Tangguh...

SEMUA kes mahkamah akan diteruskan seperti yang dijadualkan dan diputuskan oleh mahkamah seperti...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di...

Seorang Maut, 3 Parah Kereta Langgar Besi Penghadang

SANDAKAN – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta Proton Iswara yang mereka naiki terbabas dan melanggar besi penghadang pam minyak Shell di Jalan Prayer di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Md Zain berkata Heddriawan Awang, 27, yang memandu kereta berkenaan mati di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati, dalam kejadian pada 9.45 malam itu, kereta dinaiki mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbabas dan melanggar besi penghadang pam stesen minyak berkenaan, katanya di sini hari ini.

Katanya, tiga yang cedera parah terdiri daripada dua penumpang lelaki dan seorang penumpang wanita berusia lingkungan 20-an yang menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan. Keadaan mereka dilaporkan stabil.


Beliau berkata kenderaan lain yang terlibat dengan kemalangan itu tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftaran dan jenisnya serta tidak berhenti di tempat kejadian selepas nahas berlaku.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori