Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 160 Anggota Polis...

IPOH - Seramai 165 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak ditugaskan...

Ismail Sabri Jadi PM...

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO sedang menerajui pentadbiran...

2 Rakan Menyamar Polis...

KUALA LUMPUR – Dua rakan yang menyamar sebagai anggota polis, masing-masing dijatuhi hukuman...

Jalan Tun Sardon Ke...

GEORGE TOWN - Sebahagian jalan sedia ada di Jalan Tun Sardon ke Balik...

Sesat Di Hutan, Wanita Terpaksa Minum Air Susu Sendiri

AUCKLAND — Susan O’Brien, 29 tahun; seorang ibu kepada dua anak di New Zealand yang tersesat ketika ikut menyertai perlumbaan merentas desa dilaporkan terpaksa minum air susunya sendiri untuk meneruskan hidup.

Mangsa gagal dilihat melepasi garisan akhir oleh saudaranya setelah dia mengikuti dalam acara larian tempatan Xterra Wellington Trail Running Series sejauh 20 kilometer di negara selatan Lautan Pasifik itu pada Ahad lalu.

Saudara lelakinya, Lester, yang panik kerana Susan tidak muncul segera melaporkan kes itu kepada polis dan menyebarkan pesanan menerusi laman Facebook penganjur perlumbaan tersebut untuk meminta pertolongan.

Susan, yang bertugas sebagai jurulatih kecergasan itu, didakwa tersesat di kawasan hutan apabila gagal menemui laluan perlumbaan iaitu denai Orongorongo dekat Wainuiomata yang sudah ditentukan pihak penganjur.

Akibatnya, Susan yang memiliki seorang bayi perempuan berusia lapan bulan itu terpaksa tinggal di hutan tebal Rimutaka selama semalam sebelum ditemui, lapor akhbar berpengaruh tempatan The New Zealand Herald.

Setelah operasi pencarian dilancarkan, helikopter pasukan penyelamat Westpac berjaya menemui Susan pada Isnin pukul 11.20 waktu tempatan, kira-kira 2.5 kilometer dari trek sebenar laluan perlumbaan asal tersebut.

Mangsa dirakamkan stesen televisyen kelihatan menangis sebak penuh kelegaan setelah dia dapat bertemu kembali ahli keluarganya dan sempat menceritakan pengalamannya selama semalam tersesat di hutan.


Katanya, setelah bekalan air sebanyak dua liter yang dibawanya habis, dia mulai panik. “Saya tersesat di sebuah lokasi penuh semak belukar yang sangat rimbun dan saya berfikir semua sudah berakhir,” ujar Susan.

“Saya ingin cuba cari jalan keluar, tetapi saya sangat letih sehingga saya mula menggali sebuah lubang. Saya tidak bawa selimut atau penutup tubuh lainnya sehingga saya anggap saya mungkin akan maut,” kata wanita itu.

“Kebetulan saya masih menyusui bayi saya sehingga saya memiliki sedikit lebihan air susu badan yang boleh saya minum sendiri sebab pada waktu itu, saya cuma terlintas itu sahaja dapat memberi saya tenaga,” jelasnya.

Susan juga menutup tubuh dengan tanah untuk kehangatan kerana suhu di Taman Negara Rimutaka amat sejuk pada malam dan pengalaman buruk itu membuatnya semakin mengerti keluarga adalah penting dalam hidup.

Dia mendakwa, mungkin mula tersesat kerana berlari agak laju dengan kepala menunduk sehingga dia tidak menyedari bahawa dia sudah keluar daripada trek malah jauh terpisah dengan para peserta lainnya. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori