Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polemik Dr. Asri, Kazim...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin mahu mengemukakan lebih...

8,000 Kafe Starbucks Bakal...

NEW YORK - Sebanyak 8,000 cawangan Starbucks bakal ditutup pada jam 2 petang...

The Best Uncle! Pakai...

ALABAMA – Rupa-rupanya Elsa, watak utama dalam Frozen mempunyai pelbagai rupa, bukan hanya budak-budak,...

SPRM Pahang Tumpu Isu...

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang akan terus memfokuskan kepada beberapa...

Shabery Mahu Formula ‘Beli RM10, Dapat RM10’ Kad Prabayar

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau akan berusaha memastikan rakyat dapat menikmati pembelian kad tambah nilai prabayar telefon dengan formula ‘beli RM10, dapat RM10’.

Menurutnya, pendiriannya itu akan diketengahkan dalam pertemuannya dengan peneraju syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sebelum dibawa ke Kabinet untuk keputusan seterusnya.

“Saya bertanya kepada rakyat (pandangan mereka) dan rakyat hendakkan beli (kad prabayar) RM10, bila diaktifkan dapat RM10.

“Sebab itu saya ambil keputusan di sini (mengenai formula itu) oleh kerana ia kehendak rakyat. Saya akan ikut apa rakyat nak,” kata Ahmad Shabery dalam program Edisi Khas ‘Suara Kita Hak Kita’ terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi.

Ahmad Shabery, yang ditugaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengendalikan isu berkaitan kad tambah nilai prabayar susulan pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), mengupas topik ‘#Topup: Apa Masalahnya?’ dalam program yang berlangsung kira-kira sejam itu.

Ahmad Shabery seterusnya mengakui wujud kekeliruan dan percanggahan kenyataan dalam isu itu, oleh yang demikian, beliau memohon maaf. “Ini sistem baharu, ada ‘teething problems’. Insya-Allah kalau salah, kita akui salah. Yang perlu dibaiki, kita baiki,” katanya sambil memohon kesabaran rakyat untuknya menyelesaikan masalah yang timbul.


Beliau menjelaskan sehingga perkara itu diputuskan dalam masa terdekat, jualan kad prabayar telefon akan dibuat menggunakan harga sekarang iaitu dengan tambahan enam peratus GST.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebelum ini mengarahkan syarikat telekomunikasi agar menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Namun, arahan yang sepatutnya berkuatkuasa 1 Mei itu ditangguh selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuat kenyataan bahawa agak mustahil perkara itu dilaksanakan kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula pada sistem bagi menyelaraskan harga jualan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori