Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

1 Lagi Pingat Untuk...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan ucapan tahniah kepada...

Pastikan Kontraktor Bumiputera Berpengetahuan

SEREMBAN - Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU), Kementerian Kerja Raya yang bertanggungjawab...

Lepas Kutuk PAS, Mahathir...

ZIARAH kubur pada bila-bila masa adalah amalan biasa. Persoalannya kenapa setelah bertahun-tahun lamanya…...

Tatu Di Dada Anak...

PELAKON Shah Rukh Khan, 51, atau lebih dikenali sebagai King Khan sering dilihat...

Sifar Aduan Kes Penggunaan Kekerasan Semasa Siasatan SPRM

PUTRAJAYA – Tiada aduan penggunaan kekerasan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa melakukan siasatan dilaporkan sejak Oktober 2012, kata Jawatankuasa Aduan SPRM.

Jawatankuasa Aduan SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata pemantauan aduan salah laku tidak bersifat jenayah terhadap pegawai SPRM memberi kesan positif kepada SPRM apabila jumlah aduan mengenai kes penggunaan kekerasan semasa dalam siasatan yang sebelum ini menjadi isu telah mencatatkan penurunan.

Jumlah penurunan kes penggunaan kekerasan dapat dilihat apabila pada tahun 2008 sebanyak 26 aduan dilaporkan, 12 aduan pada 2009, satu aduan masing-masing pada 2010 dan 2011, dua aduan pada 2012, masing-masing sifar pada 2013 dan 2014 dan sifar sehingga April 2015.

“Satu perkara yang membanggakan adalah tiada aduan penggunaan kekerasan oleh pegawai SPRM sejak Oktober 2012,” menurut badan bebas itu.

Jawatankuasa Aduan SPRM yang ditubuhkan pada 2009 diberi tanggungjawab untuk memantau pengendalian SPRM akan aduan mengenai salah laku tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai SPRM.

Jawatankuasa itu menyumbangkan buah fikiran dan pandangan, terutama dari aspek pengurusan dan pemantauan aduan salah laku tidak bersifat jenayah terhadap pegawai SPRM serta mencadangkan penambahbaikan sistem dan prosedur kerja.

Ia juga bertanggungjawab mengenal pasti sebarang kelemahan tatacara kerja yang mungkin menimbulkan aduan dan jika sesuai mengesyorkan penambahbaikan tatacara kerja SPRM sewajarnya.

Penambahbaikan prosedur kerja yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Aduan kepada pengurusan tertinggi SPRM dan telah diambil tindakan termasuk Perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM, penambahbaikan Manual Prosedur Kerja, penambahbaikan melalui kertas perbincangan dan majlis dialog dan lawatan kerja.


Jawatankuasa Aduan SPR berkata para pegawai turut didedahkan dengan kursus menggunakan Model MACC PEACE yang mampu meningkatkan keupayaan pegawai dalam mendapatkan kerjasama daripada saksi atau tahanan semasa sesi temu bual tanpa ada unsur kekerasan.

Menurut jawatankuasa itu, penggunaan bilik temu bual bervideo mampu menangkis tohmahan yang tidak benar mengenai tatacara kerja pegawai SPRM semasa mendapatkan kenyataan daripada saksi atau orang yang ditahan.

Jawatankuasa itu turut mengambil inisiatif ‘turun padang’ dengan mengadakan majlis dialog dengan warga SPRM di peringkat negeri, yang akan memberi pengetahuan dan kesedaran tentang pelanggaran tata kelakuan serta memahami kekangan dan permasalahan yang dihadapi dalam sistem penyampaian perkhidmatan serta cara penyelesaian.

“Prinsip toleransi sifar dan lebih putih daripada putih yang dipraktikkan SPRM telah berjaya meningkatkan akauntabiliti dan integriti pegawai SPRM pada setiap masa,” katanya.

Jawatankuasa Aduan di bawah keanggotaan baru mengadakan mesyuarat keduanya di Pulau Pinang semalam, akan meneruskan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan dan seterusnya memberi tumpuan kepada pengurusan risiko ke atas sistem dan prosedur operasi SPRM yang membuka ruang dan peluang kepada pegawai SRPM melakukan perbuatan salah laku yang tidak bersifat jenayah.

Mesyuarat itu dipengerusikan Tan Sri Wilson Baya Dandot. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori