Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Saleem Tetap Saleem… Pandai...

DETIK pertemuan hanya lima minit pada Jumaat 4.05 petang. "Lima minit sahaja ya... Kami...

Polis Tahan Ejen Judi...

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki dipercayai berperanan sebagai ejen kutipan wang...

Video: Cara Pelayan Starbucks...

VIDEO seorang wanita bisu dan pekak yang cuba membeli minuman Starbucks menggunakan laluan...

Muhyiddin Tak Terbabit Keputusan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak...

Siti Terkilan Blogger Sengaja Sensasikan Isu Anak Angkat

Hanya ingin menarik perhatian pengguna untuk mengakses laman blog mereka, ada segelintir blogger sengaja menggunakan tajuk sensasi bagi mencetuskan atmosfera panas walhal ia bukanlah informasi sahih.

Dalam isu terbaru melibatkan Nur Firuza Amira, 7, yang berkeinginan untuk bertemu penyanyi pujaan ramai, Datuk Siti Nurhaliza, ada blogger yang mengeksploitasi isu tersebut sehinggaƃā€šĆ‚Ā mengundang rasa terkilan pengurusan Siti.

Mana taknya, belumpun Siti memberi apa-apa kenyataan malah tak bersua mua dengan kedua-dua anak yatim tersebut, ada blogger yang menulis tajuk, ‘Datuk Siti Nurhaliza Mahu Ambil Anak Mangsa Kemalangan Di Lebuhraya Duke Sebagai Anak Angkat‘!

[BACA: VIDEO: Anak Mangsa Teringin Nnak Jumpa Siti Nurhaliza]

Melalui laman Instagram milik pengurusnya, Rozi Abdul Razak, dia berkongsi perasaannya setelah menyedari isu tersebut disalah ertikan oleh penulis tersebut.

Sementara itu, Siti turut berkongsi luahan sama di ruangan Instagram rasminya sambil menambah, “InsyaAllah, niat saya ingin bertemu kedua anak ini…Selebihnya kita serah pada Allah yang Maha Bijaksana & Maha Mengetahui…

Di ruangan mikro Twitter juga, Siti turut berkongsi rasanya untuk bertemu kedua-dua kanak-kanak perempuan tersebut.

https://twitter.com/CTNurhaliza11/status/595153865177059328


Dalam etika kewartawanan, apa yang perlu didahulukan adalah kesahihan berita itu sendiri. Andai ada segelintir individu yang mengejar sensasi maka perkara seperti ini akan berterusan terjadi.

Kalaupun ingin menarik pembaca yang ramai, si penulis tak perlulah memutar-belitkan fakta…

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Video Pengakuan Nur Firuza Amira Ingin Bertemu Siti Nurhaliza

https://www.youtube.com/watch?v=VNdz8H83kQo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori