KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang membuka pencalonan untuk Anugerah Juara Digital (Anugerah Transformasi Nasional dan Anugerah Usahawan Jalur Lebar Cemerlang).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya itu hari ini, penganjuran anugerah itu bertujuan mengiktiraf serta meraikan individu atau organisasi yang telah berjaya meraih manfaat daripada potensi teknologi maklumat.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa anugerah itu juga akan mewujudkan nilai serta peluang kepada perniagaan mahupun komuniti sasaran.
Mana-mana individu atau organisasi yang berminat boleh melayari laman sesawang SKMM http://www.mcmc.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tarikh tutup pencalonan ialah 16 Jun depan. – BERNAMA