Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Program Realiti Agama Macam...

TOKOH penceramah sensasi, Ustaz Profesor Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan program realiti TV...

Arun Kasi Dipenjara 30...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda...

Peniaga Buntu, Bisnes Ratusan...

KOTA BHARU - Peniaga vape di Kelantan meminta kerajaan negeri supaya mengkaji semula...

Tidak Penuhi Permintaan Peribadi...

Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mendedahkan jawapan kepada persoalan yang menjadi...

SPAD Cadang Kerajaan Kaji Bina Jajaran Baharu

KUALA KRAI – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji kemungkinan membina jajaran baharu landasan kereta api di Kelantan yang bebas daripada ancaman banjir.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, ini kerana landasan sedia ada dari Gua Musang hingga Tumpat, rosak teruk akibat banjir yang berlaku Disember tahun lepas.

“Cadangan berkenaan adalah untuk jangka panjang bagi memastikan perkhidmatan kereta api khususnya di Kelantan tidak terjejas sekiranya banjir besar berulang lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Banjir Fasa 3 SPAD di sini, hari ini.

Syed Hamid berkata, pihaknya hanya boleh memberi pandangan dan terpulang kepada Kementerian Pengangkutan yang mungkin sudah mempunyai perancangan untuk menambah baik perkhidmatan kereta api berkenaan.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa kerajaan menyediakan peruntukan untuk membaik pulih kerosakan landasan kereta api di Kelantan tetapi ia mengambil tempoh masa yang agak lama untuk disiapkan.

Menurut Syed Hamid, sistem perkhidmatan kereta api yang cekap amat diperlukan dan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitarnya.


Beliau berkata, sementara menantikan kerja membaik pulih landasan kereta api siap, perkhidmatan bas henti-henti milik Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) digunakan bagi laluan Dabong-Kemubu-Kuala Krai dan Dabong-Kuala Balah-Jeli.

Tambahnya, setakat ini tiga buah bas digunakan setiap hari bagi memudahkan urusan harian penduduk serta pelajar sekolah di kawasan berkenaan yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan kereta api.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan 12 buah teksi sumbangan Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia kepada mangsa yang kehilangan teksi akibat bencana banjir. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori