Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hati-Hati, Lelaki Arab Ini...

SEORANG wanita tertipu dengan seorang lelaki Arab yang berpura-pura alim dengan menawarkan pelbagai...

Video: Ditumbuk Bertubi-Tubi Sebelum...

ALOR SETAR - Tidak cukup begnya dirampas, seorang wanita cedera apabila ditumbuk bertubi-tubi...

Komunis Tidak Layak Diangkat...

KANGAR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Perlis menegaskan, pihak komunis akan...

Lelaki Dipenjara 10 Tahun,...

MELAKA : Padah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara sendiri, seorang lelaki...

Sports Affairs Lantik Rashid, Rosman Ketua Jurulatih

KUALA LUMPUR – Kelab badminton, Akademi Sports Affairs hari ini mengumumkan pelantikan Rashid Sidek sebagai ketua jurulatih perseorangan dan Rosman Razak sebagai ketua jurulatih beregu.

Presiden kelab itu, Raezal Hussin berkata Rashid akan dibantu Nova Armada dari Indonesia sebagai penolong jurulatih perseorangan.

Kontrak kesemua jurulatih tersebut bermula 1 Mei bagi tempoh tiga tahun, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Terdahulu Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Shapawi Ismail merasmikan pelancaran kelab itu.

Beliau berkata kelab komited dalam melahirkan pemain badminton negara berbakat termasuk layak ke Sukan Olimpik.

Raezal berkata akademi kini mempunyai 10 pemain elit yang dilihat mempunyai peluang beraksi kompetetif pada kejohanan antarabangsa.

Katanya antara pemain itu ialah Mohd Arif Ab Latif, Tan Chun Seang, Nur Mohd Azriyn Ayub bagi perseorangan lelaki, Sannatasah Saniru bagi perseorangan wanita manakala beregu lelaki pula Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid/Mohd Razif Ab Latif dan Lim Khim Wah/Hoon Thien How.

Kelab turut mempunyai atlet dari Indonesia iaitu Fikri Ihsandi Hadmadi bagi perseorangan lelaki dan Rusyidina Antardayu Riodingin, kata Raezal.

“Kesemua atlet elit kami mempunyai kontrak setahun (satu tambah satu) dan akan menjalani latihan intensif bagi memastikan pembangunan profesional mereka berterusan dengan menumpukan aspek kecekapan teknikal.


“Misi terdekat akademi ialah Projek Sukan Olimpik 2020 dan 2024,” katanya.

Raezal turut mengumumkan Absolute Protech Sports (M) Sdn Bhd sebagai penaja peralatan sukan bagi pemain di bawah naungan kelab.

Katanya akademi juga akan melakukan kempen pencarian bakat di seluruh negara bagi peringkat umur bawah 23 tahun dan 18 tahun pada awal Jun ini di Sports Affairs Sdn Bhd, Taman Segar Perdana, Cheras, Selangor.

Sementara itu, Rashid berkata beliau mempunyai perancangan jangka panjang bersama-sama Sports Affairs terutamanya dalam pencarian bakat di peringkat akar umbi untuk melahirkan lebih ramai jaguh badminton.

“Kami mahu mereka (pemain Sports Affairs) buktikan bahawa pemain kelab juga boleh menjadi juara dan cemerlang. Pemain perseorangan elit dari kelab ini yang mempunyai ranking terbaik ialah Arif.

“Kami akan berusaha untuk membantu beliau mengumpul mata untuk layak ke Sukan Olimpik. Selebihnya fokus saya ialah pada program pembangunan pemain bagi kategori bawah 17 tahun dan 23 tahun,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori