Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Nama 5 AJK Audit...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan hari ini mengumumkan nama lima anggota jawatankuasa kuasa audit...

Operasi SAR Mangsa Bot...

KOTA KINABALU - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot...

Bintara Muda Maritim APMM...

BUTTERWORTH - Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengaku tidak bersalah di...

Dr. Mahathir Pemimpin ‘Super...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr. Mahathir...

SPRM Labuan Sasar Golongan Belia Perangi Rasuah

LABUAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan golongan muda dalam kakitangan kerajaan dan belia di semua peringkat dalam memerangi rasuah.

Sembilan agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa tempatan iaitu polis, kastam, imigresen, Perbadanan Labuan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil belia kampung dan pemimpin dan pelajar Kolej Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) mengambil bahagian dalam ‘Program Sifar Rasuah’ semalam.

Program sehari dengan kerjasama UMSKAL bertujuan untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan belia di semua peringkat berhubung usaha dan langkah pencegahan rasuah.

Penolong Pesuruhjaya Kanan SPRM Putrajaya Jamaluddin Bakar berkata, program antirasuah akan terus diperluaskan dan dikembangkan kepada kumpulan tertentu yang tugasnya terdedah kepada unsur-unsur rasuah.

Satu seminar bertajuk ‘Peranan Belia dalam Pencegahan Rasuah’ juga diadakan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Labuan dan Unit Pendidikan Komuniti Labuan.


“Program ini memberi kesan positif kepada golongan belia. Program ini adalah satu pengiktirafan kepada penyertaan belia dalam memerangi rasuah,” katanya pada pelancaran program itu.

Beliau berkata program itu adalah sebahagian daripada usaha dan strategi SPRM untuk mendapatkan sokongan orang ramai di semua peringkat dalam usaha antirasuah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori