Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tabloid British Buat Kesilapan...

SEBUAH mingguan tabloid British membuat kesilapan ejaan cukup memalukan berkaitan artikel yang melibatkan...

Terengganu Catat 3 Juta...

KUALA NERUS - Terengganu mencatat ketibaan pelancong melebihi tiga juta orang bagi tempoh...

Aydeen Zeeyad Nama Anak...

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan dan isteri Zareema Zainal menamakan cahaya mata...

TikTok Malaysia Releases First-Ever...

TikTok Malaysia Releases First-Ever Original Song, Perihal Dirimu

SPRM Panggil Pemilik Syarikat Pembalakan, Kilang Papan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM akan memanggil semua pemilik syarikat pembalakan dan kilang papan yang telah diserbu untuk diambil keterangan mengenai kayu balak yang di sita di premis masing-masing dalam Ops Gergaji.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohamad Jamidan Abdullah berkata, langkah itu bagi membantu siasatan sama ada mengetahui punca kilang papan yang diserbu terbabit menerima atau dibekalkan dengan kayu balak yang ditebang secara tidak sah.

“Sehingga hari ini, Ops Gergaji telah menyita lebih 1,570 batang kayu balak yang nilainya dianggarkan hampir RM1 juta.

“SPRM juga telah memanggil 14 orang yang terdiri daripada pengarah dan pengurus syarikat yang kilang papan dan logponds diserbu untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Jamidan berkata, Ops Gergaji adalah satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak yang dilancarkan pada 12 Mei 2015.


Menurut beliau, Ops Gergaji membabitkan serbuan ke atas 49 lokasi di enam kawasan di seluruh Sarawak.

“Operasi bersepadu ini melibatkan sekurang-kurangnya 400 pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

“Operasi diketuai SPRM dengan kerjasama krajaan Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuk Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori