Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Perlis Rampas 381...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis merampas 381...

Wanita Tertangkap Laku Hubungan...

SEORANG wanita dari Queensland, Australia bakal dihadapkan ke mahkamah selepas pihak polis berjaya...

ESSCom Perhebat Program Penerangan...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan memperhebatkan program...

Sampah Haram Terbakar Disangka...

SEPANG - Sebuah tapak pelupusan sampah yang dipercayai haram terbakar awal pagi tadi...

SPRM Sahkan Bekas Pengarah Tanjung Offshore Ditahan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang bekas pengarah kanan Tanjung Offshore Bhd ditahan bagi membantu siasatan mengenai pembelian syarikat Gas Generators (Malaysia) Sdn Bhd.

“SPRM akan mendapatkan perintah reman esok,” kata jurucakap SPRM kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Tanjung Offshore mendapat liputan berita sejak kebelakangan ini berikutan perbalahan ahli lembaga pengarah, yang menyebabkan penggantungan tiga pegawai syarikat, awal tahun ini.

Tanjung Offshore pada asasnya terlibat dalam penyediaan perkakasan kejuruteraan, perkhidmatan penyelenggaraan peralatan, perkhidmatan pelantar pengeluaran untuk industri minyak dan gas menerusi anak-anak syarikatnya.

Pada akhir urus niaga hari ini, harga saham syarikat itu kekal pada 47 sen dengan 35,100 saham didagangkan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori