Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengisytiharan Trump, Tingkatkan Risiko...

TINDAKAN presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Isreal...

COVID-19: Kembali Melonjak, 6,288...

KUALA LUMPUR : Kes positif COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila 6,288 jangkitan...

Demi Lovato Elak Berkawan...

JIKA sebelum ini mereka berkawan rapat, namun Demi Lovato menjelaskan kini dia tidak...

JPN: Tiada Permohonan Daripada...

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tidak menerima permohonan daripada usahawan kosmetik dan selebriti...

Suhaizan Tolak Berdebat Dengan Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Suhaizan Kaiat menolak cadangan berdebat dengan Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang akan mencabar jawatan beliau dalam pemilihan PAS pada Jun depan.

Suhaizan berkata, beliau cuma berkata bersedia untuk menerima wacana yang beliau terima semasa pemilihan PAS dua tahun lalu.

“Saya nak membetulkan fakta kononnya saya bersedia berdebat dengan Nik Abduh. Sebenarnya apa yang saya maksudkan adalah menerima wacana yang telah saya terima semasa pemilihan dua tahun lepas.

“Bukan untuk menentukan kalah atau menang tetapi lebih untuk berkongsi hala tuju pimpinan dan mencanai idea-idea segar anak muda,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dewan Pemuda PAS (DPP) Johor sebelum ini menyatakan bersedia membuka gelanggang debat bagi dua calon Ketua DPPM tersebut.


Kedua-dua mereka diundang berdebat bagi mengemukakan visi dan misi masing-masing menjelang pemilihan bulan depan.

Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Johor Zul Hilmei Mohamad Rohani dipetik berkata, mereka mahu kedua-dua calon menjelaskan pandangan berkaitan isu politik negara, terutama dalam isu berkaitan anak muda.

Katanya, perdebatan itu juga diharap dapat mengupas idea mereka bagaimana merealisasikan “dakwah Islam melalui politik”.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori