SULTAN JOHOR sememangnya tidak asing lagi dengan sikap baginda yang berjiwa rakyat.
Sebelum ini, gambar baginda yang bersendirian menjamah sebungkus bihun goreng telah mendapat perhatian dari seluruh rakyat Malaysia.
BACA: SEMPOI JE… SULTAN JOHOR MAKAN BIHUN GORENG DI GERAI
Terbaru, Sultan Johor sekali lagi menjadi perbualan dan kekaguman orang ramai apabila baginda dilihat menunggang keluar Istana Besar Johor dengan menaiki sebuah motosikal ‘kapcai’ jenis Honda Wave 110i.
https://www.youtube.com/watch?v=A2AZM_W7FNw
Sultan Johor naik motor kapcai dan mesra… by mynewshub
Menerusi rakaman video yang asalnya dimuat naik di Facebook Johor Darul Takzim FC, ketika baginda keluar dari istana, beliau dikatakan tidak perasaan dengan kehadiran pengunjung.
Namun setelah menyedarinya, beliau yang hanya memakai baju T terus berpatah balik untuk bertemu pengunjung yang menunggu di perkarangan pintu.
Baginda menyapa dan bertanya beberapa perkara seperti di mana mereka tinggal malah mengetepikan protokol untuk bergambar bersama-sama rakyat.
Mereka yang bertuah sempat merakam gambar kenangan bersama baginda.
Sempoi je kan?
Inilah keistemewaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar yang sangat mesra beserta gayanya yang tak ubah seperti orang biasa.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq