Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pasukan Khas Tangani Kes...

PUTRAJAYA - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi menangkap dan mendakwa...

Sarawak Peruntukkan RM150 Juta...

SADONG JAYA - Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM150 juta untuk mengatasi masalah air...

Setuju Ketepi Soal Pemilihan,...

BERA - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya...

UPM Perbaiki Kedudukan Universiti...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) memperbaiki kedudukan daripada kedudukan ke-510 kepada...

Sultan Johor Titah Pelaksanaan GST Harus Sentiasa Dikaji

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

“Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dun Johor ke-13, di sini hari ini.

Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat.

(HARUS BACA : SPA Diarah Bekukan Pengambilan Kakitangan Awam?)

Pelaksanaan GST yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda .

Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam telah pun dibuat oleh kerajaan persekutuan sebelum sistem percukaian itu diluluskan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat juga.


Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan sebagai berkata sebanyak 2,405 pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian itu dibekukan cuti sejak sebulan lepas bagi memastikan setiap aduan mengenai pelaksanaan GST diambil tindakan.

KPDNKK turut melantik 427 orang anggota penguat kuasa baru-baru ini untuk memantau aduan orang ramai.

Setakat 30 April, KPDNKK telah mengeluarkan 1,026 notis menerusi Ops Catut membabitkan kesalahan menaikkan harga barang. Persidangan Dun akan bermula Ahad ini hingga 18 Mei.

Turut berangkat ke majlis perasmian ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori