Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

APMM Bantu Bawa Dua...

BESUT - Dua pelajar perempuan yang tinggal di Pulau Perhentian akan dibawa ke...

Tak Makan 4 Hari...

SANGGUP tak makan selama empat hari-hari semata-mata mahu menang pertandingan ratu cantik Miss Maxim...

Planetarium Ditutup 2 Hari...

KUALA LUMPUR - Planetarium Negara akan ditutup pada Rabu (23 Sept) dan Khamis...

“Kena Tunggu Sampai Ahad...

SUSULAN sistem mampatan udara pecah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa...

Sultan Nazrin, Tuanku Zara Berangkat Ke Majlis Bersama Rakyat

PARIT – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yaakub di Bota Kanan di sini malam ini, yang diadakan bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Baginda berdua berangkat tiba pada majlis itu pada kira-kira 9.23 malam dan meluangkan masa kira-kira 10 minit bersalaman dengan rakyat jelata sebelum majlis bermula.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu kebesaran negeri Perak dan bacaan doa selain diserikan dengan persembahan antaranya marhaban, nasyid dan tarian tradisional Perak.

Kira-kira 3,000 rakyat jelata pelbagai lapisan masyarakat hadir pada majlis malam ini bagi meraikan kehadiran baginda berdua ke daerah ini.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Sementara itu, Pegawai Daerah Perak Tengah Mad Dan Hassan berkata rakyat jelata yang hadir malam ini adalah penduduk dari empat mukim iaitu Bota, Lambor, Belanja dan Layang-Layang.

“Majlis ini sangat istimewa kerana ia salah satu acara yang akan dijadikan kenangan khususnya buat penduduk di sini. Kami sangat teruja untuk hadir ke majlis malam ini untuk menatap wajah tuanku,” katanya ketika berucap.


Esok, Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara dijadualkan berangkat menziarahi makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II (Sultan ke-10), Sultan Mudzaffar Shah I (sultan pertama), Sultan Mahmud Shah (ke-8), Sultan Muhammad Shah (ke-14), Sultan Mahmud Iskandar Shah (ke-11), Sultan Alaudin Mughayat (Riayat) Shah (ke-12), Sultan Ahmad Tajuddin Shah (ke-3) dan bekas makam Geronggong.

Sultan Nazrin Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak XXXV pada satu istiadat penuh tradisi yang dimulakan dengan Istiadat Tabal Adat pada Rabu lepas, diikuti dengan Istiadat Tabal Pusaka dan Istiadat Bersiram Tabal.

Bermula Jumaat lepas (8 Mei) , pasangan diraja itu memulakan Istiadat Menziarah Makam Diraja dan pemerintah Perak terdahulu, sebelum melengkapkan Istiadat Pertabalan itu dengan Istiadat Mencecah Kaki di Beting Beras Basah di Bagan Datoh pada 14 Mei ini.

Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV akan diakhiri dengan Istiadat Menutup Kerja Pertabalan di Istana Iskandariah pada 17 Mei ini.

Pertabalan Sultan Perak XXXV merangkumi enam istiadat utama iaitu Meletak Kerja, Tabal Adat, Tabal Pusaka, Menziarah Makam-makam Diraja, Mencecah Kaki di Beting Beras Basah dan Menutup Kerja, yang menonjolkan keunikan serta kekayaan adat Kesultanan Melayu Perak yang diwarisi sejak 1528. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori