Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bayi Nyaris Maut Selepas...

SEORANG bayi berusia dua bulan nyaris maut selepas dia menelan mangga kunci yang disuapkan...

Adun Batu Lintang Mahu...

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How yang...

Budak Lelaki Trauma Kemaluan...

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik-detik hitam selepas diperlakukan dengan perbuatan jijik...

‘Kenapa Tak Hubungi Terus...

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempersoalkan tindakan polis menahan...

Suspek Buat Seks Di Balkoni Mungkin Sudah Balik Ke Negara Asal

Susulan kes pasangan melakukan hubungan seks di balkoni sebuah kondominium di Bangsar baru-baru ini, suspek lelaki dalam kes tersebut dipercayai telah meninggalkan negara ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, ASP Muhammad Azlee, sebelum ini suspek didapati masih berada di sini, namun dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa sedang mendapatkan kepastian dengan negara asalnya.

Dalam laporan The Rakyat Post, Azlee berkata, “Saya tidak boleh mendedahkan negara mana. Suspek telah dikenal pasti, namun masih belum mendapatkan butiran daripada pihak kedutaan atau negara berkenaan sama ada suspek telah pulang atau sebaliknya.

Selamba Lakukan Seks Di Balkoni Pada Siang Hari Di Bangsar!

“Setakat ini rekod kami masih menunjukkan kemungkinan besar suspek telah kembali ke negara asal.”

Ujar beliau lagi, pihak polis tidak boleh melakukan apa-apa seandainya individu terbabit telah pulang ke negara asalnya, sambil menambah, mereka sedang melakukan yang terbaik untuk mengambil tindakan terbaik.

Dalam pada itu, suspek wanita dalam gambar yang tersebar masih belum dapat dikenal pasti buat masa ini.

“Kita perlu mendapatkan butiran daripada suspek lelaki berkenaan perkara itu.”


Isu tersebut menjadi panas setelah rakaman perilaku tidak senonoh pasangan terbabit dilaporkan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan.

Ia kemudiannya dicemuh ramai pihak kerana tindakan tidak bermoral itu berlaku di tempat terbuka dan kedua-dua mereka tidak dibaluti hatta sehelai benangpun.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Polis Kenal Pasti Suspek Lakukan Seks Di Balkoni

https://www.youtube.com/watch?v=R4eu48WxmMI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori