Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PM Romania Tewas Dalam...

BUCHAREST - Perdana Menteri Romania, Victor Ponta menyatakan beliau menerima kekalahannya dalam pilihan...

Mungkin Ini La Cara...

Untuk Ah Beng ni ada satu perumpamaan yang agak kasar tetapi menepati sikap...

Mahathir Sedia Jadi Saksi...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau...

Kos ECRL Dijimatkan RM11.01...

PUTRAJAYA : Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri...

Al-Fatihah.. Julie Dahlan Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Penerbit filem dan pelakon terkenal sekitar 70-an, Julie Dahlan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang di Hospital Ampang, di sini.

Allahyarham Julie Dahlan atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62, meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam tadi.

Menurut menantu Allahyarham, Shamsul Akmar Sahabudin, berkata terdahulu emak mentuanya mengadu sakit pada 6 petang tadi.

“Sejurus selepas arwah mengadu sakit, saya terus menelefon ambulans untuk dihantar ke Hospital Ampang.

“Ketika dalam perjalanan ke hospital, arwah batuk berdarah dan telah dimasukkan ke unit kecemasan untuk pemeriksaan,” katanya ketika ditemui Bernama di bilik mayat Hospital Ampang, di sini hari ini.

Shamsul Akmar berkata kira-kira pukul 7 malam doktor yang merawat arwah mengesahkan arwah telah meninggal dunia.

“Doktor bertungkus-lumus menyelamatkan arwah, namun Allah lebih menyayangi arwah dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan ini,” katanya.

Beliau berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate di sini pada 10 pagi esok.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki, Hairi Harmi, 39, dan seorang anak perempuan, Hani Nur Zara Harmi, 33.


Allahyarham melalui syarikat produksi miliknya JD Productions Sdn Bhd, pernah mencipta nama pada era 90-an menerusi beberapa filem terbitan beliau antaranya Driving School (1990), Harry Boy (1991) dan Cinta Metropolitan (1995).

Sementara itu, penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam menyifatkan Allahyarham seorang yang berpendirian tegas dalam industri penerbitan dan dunia hiburan tanah air hingga pernah digelar ‘Iron Lady’.

Selain itu katanya Allahyarham merupakan seorang yang peramah dan tidak kedekut ilmu.

“Saya sendiri pernah bekerja dengan arwah pada tahun 70-an sebelum saya membuka produksi sendiri, arwah banyak mengajar saya tentang selok-belok dunia penerbitan filem dan lakonan,” katanya ketika ditemui Bernama di bilik mayat Hospital Ampang, di sini hari ini.

Sementara itu, pelakon drama Gerak Khas, Shamsudin Maidin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang legenda yang sukar dicari ganti.

“Saya pernah menjadi kru penerbitan di bawah arahan beliau dan seorang yang tegas namun tidak sombong kepada pekerjanya,” katanya.

– BERNAMA

https://youtu.be/iOK52vxRlZY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori