Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Borang B: Jangan Terhantuk...

Borang B adalah pendapatan di bawah Seksyen 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967

DAP Mahu Perkasakan Bahasa...

KUALA LUMPUR - DAP Pandan mengambil inisiatif memperkasakan Bahasa Mandarin dalam kalangan golongan...

Pandelela Duduki Tempat Keempat...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara Pandelela Rinong gagal menambah pungutan pingat di...

Tembok YPR Runtuh, IEM...

KUALA LUMPUR: Institut Jurutera Malaysia (IEM) menawarkan bantuan teknikal dan pandangan, susulan kejadian...

Tambahan Katil Dipohon Untuk Hospital Langkawi Dalam RMK-11

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan telah memohon tambahan 140 katil baharu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) untuk Hospital Langkawi bagi mengatasi kesesakan di hospital berkenaan.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia bagi menampung keperluan kira-kira 120,000 penduduk serta pelancong di pulau berkenaan yang disifatkan semakin mendesak pada masa ini.

“Kementerian faham mengenai masalah ini, dengan jumlah penduduk yang semakin meningkat dan kemasukan pelancong, keperluannya mungkin lebih besar.

“Bagi keperluan mendesak ini kita telah pohon 140 katil baharu pada RMK-11 bagi mengatasi masalah ini,” katanya ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang mahu kementerian menyatakan apakah langkah bagi mengatasi kesesakan katil dan kakitangan di Hospital Langkawi.


Menurut Hilmi, sebagai langkah mengatasi kesesakan pada masa ini, kementerian memperuntukkan ‘fi tunggu sedia’ sebanyak RM60,000 sebulan bagi proses pemindahan kes-kes yang dianggap berat dan kecemasan ke Hospital Sultanah Bahiyah melalui ambulans air.

Katanya, secara purata terdapat 15 hingga 30 kes berat dan kecemasan yang dirujuk ke hospital Sultanah Bahiyah setiap bulan dipindahkan dari jeti Kuah ke Kuala Kedah yang menelan kos RM3,500 setiap kes.

Kini terdapat sebanyak 110 katil di Hospital Langkawi dengan kadar pengisian katil ialah 90 peratus, katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori