TERKEJUT kami mendengar berita mengenai pelakon Tasha Shilla yang dikhabarkan meracau ketika berada di set penggambaran.
Lebih sensasi, timbul pula desas-desus yang menyatakan aktres jelita ini sebenarnya terkena sihir buatan orang yang ditujukan kepadanya.
Menurut Astro Gempak, penggambaran yang melibatkan Tasha terpaksa ditangguhkan seketika kerana keadaan tidak mengizinkan.
“Melihatkan dia meracau begitu, kami hairan juga kerana ini pertama kali ia berlaku kepada Tasha.
“Sebab itu dia semakin kurus sekarang, dengarnya terkena ‘tuju-tuju’ tapi wallahualam… hanya tuan punya diri tahu mengenai itu,” salah seorang krew penggambaran dilaporkan berkata demikian.
Kalau benar cerita yang disampaikan ini, kami turut simpati dengan nasib menimpa Tasha.
Apatah lagi, tonggak utama drama Nasuha ini baru sahaja patah hati atas kegagalan hubungan cinta bersama Hans.
Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Tasha Shila agar sihat dan pulih seperti sedia kala.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: Astro Gempak
https://www.youtube.com/watch?v=_uuPpF5d7EA