Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Kehilangan Wang Bayaran...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah hari...

Curi Tengkorak Untuk Dibuat...

BEIJING - Seorang lelaki ditahan polis kerana mencuri tengkorak di tanah perkuburan sebelum...

PAP Desak ROS Segera...

GEORGE TOWN - Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)...

Senat Kanada Lulus Ganja...

OTTAWA - Senator Kanada hari ini meluluskan undang-undang yang membenarkan penggunaan ganja secara...

Tawaran Penerbangan MAS Berakhir Pada Sabtu Ini

KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia (MAS) menggesa pelanggan untuk merebut tawaran penerbangan yang digelar ‘Mid-Year Marvels’ untuk tempoh perjalanan di antara 16 Mei 2015 dan 31 Mac 2016 yang akan berakhir pada Sabtu ini.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata, penumpang akan menikmati makanan percuma dan elaun bagasi 30 kilogram untuk kelas ekonomi dan 40 kilogram untuk kelas bisnes.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk merancang perjalanan lebih awal dan memanfaatkan tempoh perjalanan yang panjang untuk percutian dengan mereka yang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

‘Mid-Year Marvels’ menawarkan tambang kelas ekonomi serendah RM145 untuk destinasi domestik, termasuk Johor Bahru atau Kota Bharu dan daripada RM275 ke Bintulu atau Tawau, manakala penerbangan ke destinasi serantau seperti Singapura atau Medan daripada serendah RM284 dan Manila daripada RM654.


Maklumat mengenai ‘Mid-Year Marvels’ MAS boleh diperoleh daripada www.malaysiaairlines.com, ejen pelancongan dan dengan menghubungi pusat panggilan MAS di 1-300-88-3000. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • MAS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori