Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Perbicaraan ADUN Tronoh Ditangguh,...

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menangguhkan perbicaraan kes rogol pembantu...

Mekanisme Rasionalisasi Subsidi Masih...

DENGKIL - Mekanisme pelaksanaan rasionalisasi subsidi masih dalam peringkat kajian dan dijangka diumum...

Hartanah Mara: Polis Tolak...

KUALA LUMPUR - Polis menolak adanya unsur pecah amanah (CBT) dalam kes pembelian...

Insiden Di Putra Heights...

KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) menjelaskan bahawa...

Taylor Swift Cari Baju Kahwin, Mahu Akhiri Zaman Bujang?

BARU sahaja tersenarai sebagai “100 Wanita Paling Berpengaruh Dunia” untuk tahun 2015 oleh majalah Forbes, adakah Taylor Swift akan mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi?

Penyanyi popular yang baru berusia 25 tahun itu kini dilihat sedang giat mencari baju perkahwinan pada minggu ini dan ramai yang menganggap ini petanda dia bersedia mengahwini teman lelakinya, Calvin Harris.

[TAYLOR SWIFT MASUK SENARAI WORLD’S 100 MOST POWERFUL WOMEN]

Bagaimanapun, semua gosip itu ditepis kerana sebelum ini Taylor pernah memuat naik satu kad jemputan perkahwinan daripada rakan baiknya di Instagram yang mahukan dia menjadi ‘maid of honor’ di majlis tersebut.

https://instagram.com/p/zIzlhujvDN/

Jadi semua teka-teki sudah terjawab, Taylor sebenarnya mencari baju kahwin sebab dia akan berada di samping rakan baiknya, Brittany Maack yang akan berkahwin nanti.

“Ini pertama kali saya akan jadi ‘maid of honor‘ dan ianya sangat penting kerana ini majlis kawan baik yang saya sudah kenal sejak lahir lagi.


“Dia juga akan berkahwin dengan seseorang yang saya sudah kenali sejak berumur 4 tahun,” kata Taylor kepada People.

Untunglah kawan baik dia sebab penyanyi tersohor bakal hadir dan temani dia di majlis perkahwinannya nanti!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Pitt

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori