SIAPA sangka kerana sikap enam orang ahli Familia Myvi Club (FMC) yang dipercayai punca kemalangan maut di Lebuh Raya DUKE awal Sabtu lalu, habis semua ahli kelab yang tidak bersalah pun terpalit sama dengan kebencian orang ramai.
Lebih malang lagi bila pemandu Myvi lain yang bukan ahli kelab juga mula terkait sama dengan isu berhubung sikap pemanduan di atas jalan raya.
Berikutan itu, seorang pemilik Myvi telah meluahkan rasa sedihnya apabila diperlakukan seperti pesalah kemalangan ngeri yang berlaku di Lebuh Raya Duke.
Menurut beliau, keretanya juga memiliki ‘group sticker’ dan sedikit ‘make-up’ seperti kebanyakkan ahli-ahli kelab Myvi yang lain dan apa yang pasti beliau bukanlah daripada FMC.
Dikatakan, ketika sedang memandu kereta Myvinya bersama keluarga, beliau telah dihimpit seolah-olah dengan sengaja oleh kenderaan lain dan terasa diperlakukan seperti beliau adalah ahli FMC yang dipercayai bertanggungjawab terhadap tragedi meragut nyawa itu.
Ikuti luahan hati beliau:
Penulis faham ramai di kalangan kita sedang marah tetapi jangan tujukan amarah itu kepada mereka yang tidak bersalah.
Jangan terbawa-bawa dengan perasaan dan emosi keterlaluan.
Pantang nampak Myvi make-up sikit, nak melenting…salah tu.
Kepada anda di luar sana, mohon jangan perlakukan mereka yang tidak bersalah sedemikian rupa.
Siapa tahu, emosi anda di jalan raya itu bakal menghasilkan pula tragedi baru yang tidak diingini?
Apa-apa pun, pastinya ahli MFC mengambil inisiatif menaiki pengangkutan awam buat masa ini.
-MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq
https://www.youtube.com/watch?v=GrJvuhAqHNo