Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Puskas 2018 Gol Ketujuh...

LONDON - Pemain tengah England, James Milner berjenaka apabila mengatakan anugerah Puskas yang...

Gimik GV2: Nabil Rasa...

DEK gimik penukaran pengacara program realiti Gegar Vaganza (GV2), pengacara Salleh Yaakob dan Raja Azura tiba-tiba...

MB Perak ‘Sekolahkan’ Nizar...

IPOH - Hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyaksikan Menteri Besar...

Felda United Perlu Perkemas...

MARAN - Felda United perlu memperkemaskan barisan pertahanan sekiranya mahu pergi lebih jauh...

TH Jawab Dakyah Pembangkang, Pelaburan TRX Berbaloi

KUALA LUMPUR – Pelaburan Tabung Haji (TH) dalam pembangunan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (hartanah) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di sini sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH dalam sektor domestik.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah berkata, pelaburan itu merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman secara terperinci.

“Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

“Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat, TH Properties Sdn. Bhd. yang dijangka akan memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Johan dalam pada itu menafikan dakyah pihak tidak bertanggungjawab kononnya pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH seperti yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu.


Sehubungan itu, beliau membidas kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut oleh mana-mana pihak.

“TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik,” katanya.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori