Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kluster Baharu Babitkan Warga...

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebahagian Orang Kena Tahan (OKT) ditempatkan di Depot...

‘Guan Eng Letak Jawatan?...

Pendirian DAP adalah untuk menunggu keputusan mahkamah sebelum membuat keputusan berhubung nasib pengerusinya...

Seorang Maut Kapal Dayang...

MIRI - Seorang kru kapal penyelenggaraan minyak dan gas Dayang Topaz maut selepas...

Makkal Sakti Tuntut BN...

KUALA LUMPUR : Parti Makkal Sakti menuntut Barisan Nasional (BN) memberikan peluang kepada...

Tiada Cadangan Hentikan Program J-Qaf – Kamalanathan

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan sistem pembelajaran j-QAF (Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) di sekolah-sekolah aliran kebangsaan yang dilaksanakan sejak 2005.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata ini kerana program j-QAF berjaya memperkasakan Pendidikan Islam dan penghayatannya dalam kalangan murid-murid Islam di sekolah rendah.

“Pada masa ini, Kementerian Pendidikan sedang meneliti dan membuat semakan semula keperluan guru j-QAF setelah norma guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF diluluskan penggabungannya oleh agensi Pusat.

“Urusan pengambilan guru akan akan dibuat setelah semakan tersebut selesai,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada sesi soal jawab pada persidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Menjawab soalan tambahan Ahmad Baihaki sama ada kementerian akan menjadikan subjek Pendidikan Islam sebagai subjek wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Kamalanathan berkata pihaknya akan melihat keadaan semasa sama ada ia keperluan untuk ia dilaksanakan.

“Aspek wajib lulus itu kita akan lihat keadaan semasa dan akan adakan perbincangan dengan ‘stakeholder’ untuk buat keputusan dan juga melihat keberkesanannya untuk kita laksanakan j-QAF di peringkat sekolah menengah pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori