Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Doktor Keluarkan Lipas Hidup...

CHENNAI - Seorang wanita di India yang tiba-tiba mengalami gatal di bahagian hidung...

Media Online Salah Lapor...

KUALA LUMPUR - Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berasa kesal dengan salah lapor...

Maut Tercampak Dari Van...

Alor Gajah - Seorang lelaki terbunuh selepas van Nissan Vanette dipandu hilang kawalan...

Jerebu Di Singapura Semakin...

SINGAPURA - Jerebu di Singapura mencapai paras tidak sihat pada Khamis, dengan bacaan...

“Tidak Manis Jika Saya Tidak Ke Rompin” – Zahid

ROMPIN – Kesibukan selaku penyelaras Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh tidak menghalang Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berkempen di PRK Parlimen Rompin.

Ahmad Zahid menyifatkan sebagai ‘tidak manis’ jika beliau tidak ke Rompin kerana calon Barisan Nasional (BN) PRK itu Datuk Hasan Arifin merupakan sahabat yang dikenalinya sejak 1973.

“Kami sama-sama sambung belajar di Universiti Malaya (UM) dan selepas itu kami bersama pula dalam pergerakan Pemuda (UMNO). Tidak manis kalau sahabat karib sendiri (saya) tidak turun walaupun hanya sehari,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Bakti Rela bersama 3,500 anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Rompin di sini, hari ini, sebelum bergegas ke Permatang Pauh pada 5 petang.

Beliau juga yakin dengan kebolehan Hasan untuk memajukan Rompin, dengan mengambil kira pengalamannya yang luas termasuk sebagai Timbalan Menteri Besar Pahang sebelum ini.

“Kawasan ini (Rompin) juga bukan kawasan yang asing kerana ini adalah ‘lubuk’ permainan beliau…jadi tidak luar biasa untuk beliau (Hasan) lakukan yang terbaik,” katanya.

Ahmad Zahid percaya semangat kemenangan di Rompin akan menjadi motivasi terbaik bagi jentera BN melakar sejarah baharu di Permatang Pauh pada 7 Mei ini.

Selain itu, Ahmad Zahid meminta pengundi di Rompin untuk tidak termakan dengan ‘gula-gula’ yang dibawa pihak pembangkang dan mereka yang kecewa yang memainkan pelbagai isu termasuk cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


“Setiap kali pilihan raya umum atau PRK, kita berdepan dengan pelbagai isu.

GST ini isu yang perlu kita tangani sekarang. Tetapi kita istiqamah dan konsisten dalam memberi jawapan kerana azam dan semangat kita adalah beri bantuan kepada rakyat.

“Tapi penjelasan kita sering diselewengkan oleh mereka yang tidak suka kepada BN, namun kerajaan akan teguh beri penjelasan bahawa apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan rakyat…akhirnya mereka akan terima ini walaupun mengambil masa,” jelasnya.

PRK Rompin pada Selasa ini menyaksikan Hasan ditentang calon PAS Nazri Ahmad, bagi mengisi kekosongan kerusi itu ekoran kematian penyandangnya Tan Seri Dr Jamaluddin Jarjis akibat nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

Sementara itu, PRK Permatang Pauh pada 7 Mei melibatkan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak (Bebas).

PRK itu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana sabitan meliwat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori