Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kemasukan Pelajar Baharu UA,...

KUALA LUMPUR - Kemasukan pelajar baharu universiti awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti...

Malaria: Majikan Diingat Pastikan...

PADANG BESAR - Majikan terutamanya syarikat perladangan diingatkan supaya memastikan setiap pekerja asing...

Husam Cadang Muhyiddin TPM...

SHAH ALAM - Gandingan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden BERSATU,...

Lee Chong Wei Ikon...

RIO DE JANEIRO - Pemain badminton kesayangan Malaysia, Datuk Lee Chong Wei tetap...

Tigerair Rancakkan Sektor Pelancongan Di Perak

IPOH – Syarikat penerbangan tambang murah berpangkalan di Singapura, Tigerair, yang menjadikan Ipoh sebagai operasi penerbangan terbaharu bagi laluan serantau, dijangka mampu merancakkan pertumbuhan sektor pelancongan di Perak, kata Exco negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata perkhidmatan syarikat penerbangan itu akan membuka lebih banyak peluang, bukan sahaja untuk rakyat negara berkenaan, tetapi juga kepada pelawat antarabangsa yang kini boleh berkunjung ke Ipoh melalui Singapura bagi menikmati pelbagai keistimewaan di Perak.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Tigerair kerana memilih Ipoh sebagai destinasi terbaru dalam usaha untuk mengembangkan jaringan di Malaysia serta Asia.

“Penduduk di Perak, dan Ipoh khususnya, menerima baik perkhidmatan ini yang memberi lebih banyak pilihan untuk melancong ke Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung pesawat Tigerair di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini semalam.

Nolee Ashilin berkata Perak mempunyai pelbagai tarikan untuk pelancong dan ahli perniagaan termasuk tempat bersejarah, kebudayaan, hiburan tradisi dan moden, pantai yang indah serta makanan warisan yang mampu memenuhi cita rasa setiap pelancong.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Tigerair Ho Yuen Sang berkata syarikat itu, yang menggunakan pesawat Airbus A320, mampu membawa 1,440 penumpang setiap minggu, sekali gus menjadikan Tigerair satu-satunya pengendali Airbus yang melakukan penerbangan terus dari Singapura ke Ipoh.

Beliau berkata penerbangan Tigerair ke Ipoh adalah empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad yang mengambil masa sejam 25 minit.


Ho berkata Ipoh merupakan destinasi keempat Tigerair di negara ini selepas Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.

“Perkhidmatan baharu ini bukan sahaja dapat menarik pelancong yang mencari percutian singkat untuk menikmati pelbagai tarikan pelancongan di negeri ini tetapi memberi kemudahan kepada mereka yang sering berulang-alik antara Singapura dan Ipoh untuk urusan perniagaan.

“Ipoh merupakan satu lagi pencapaian yang membanggakan bagi kami. Perkhidmatan baharu ini menggambarkan komitmen berterusan kami untuk menyediakan pelancong dengan lebih banyak pilihan serta destinasi dan pengalaman baharu,” kata Ho.

Terdahulu, Nolee Ashilin dan Pengarah Tourism Malaysia Perak Ibrahim Seddiqi Talib serta pegawai kanan Tigerair menyambut ketibaan 180 penumpang yang menaiki pesawat TR2482.

Tigerair, yang ditubuhkan pada 2004, melakukan penerbangan ke 37 destinasi di seluruh Asia termasuk ke China, India, Indonesia, Maldives, Filipina dan Vietnam, dengan menawarkan kadar tambang berpatutan serta pilihan perjalanan untuk kemudahan pelanggan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori