Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Iktiraf Rakyat...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengiktiraf rakyat Malaysia yang memiliki lebih daripada satu warganegara...

Mayat Bayi Mereput Dalam...

BATU PAHAT - Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam sebuah...

Penduduk Kuala Terengganu Cemas...

KUALA TERENGGANU - Cemas! Itu perasaan penduduk di kawasan bandaraya Kuala Terengganu bila...

Peguam Slobodan Milosevic Dibunuh

PEGUAM kepada Slobodan Milosevic yang dikenali sebagai penjenayah perang Serbia mati ditembak di...

‘Tikus Raksasa’ Ditangkap Di Subang Jaya?

GEMPAR dunia internet semalam apabila gambar didakwa tikus ‘raksasa’ yang ditangkap di Subang Jaya telah tersebar meluas di laman sosial.

Tikus gergasi tersebut dilaporkan ditangkap di USJ 11 dalam operasi kebersihan melibatkan Jawatankuasa Penduduk Zon 3 dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Gambar tersebut menjadi perbualan hangat netizen sehingga ada yang menyifatkan Selangor sebagai negeri “syurga makanan” buat tikus-tikus disebabkan terlalu kotor dan dipenuhi sampah.

Salah seorang pengguna Facebook turut menyindir tahap kebersihan di Selangor dengan memberikan komen tikus tersebut hasil mutasi dengan air lombong yang enak dan lazat.

Namun, gambar tikus raksasa tersebut sebenarnya adalah palsu dan ia merupakan hasil manipulasi teknik kamera.

tikuih2

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh menafikan kewujudan tikus sebesar itu di Subang Jaya seperti yang disebarkan di media sosial.


“Gambar tikus di USJ11 diedarkan di atas talian. Sudut pandang tikus itu diambil membuatkannya kelihatan amat besar,” kata Hannah Yeoh di Facebook beliau.

Wakil rakyat DAP itu juga memuat naik gambar dari sisi, berbanding pandangan hadapan yang diedarkan sebelum ini dan ia menunjukkan tikus itu bersaiz biasa sahaja.

Agak-agaknya, kalau tikus sebegini betul-betul wujud dan ada di rumah anda.. bagaimanalah agaknya ya?

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori