Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Dapat Kereta Baru,...

HULU SELANGOR – Gara-gara berang dengan kenderaan suaminya yang sering rosak, seorang wanita...

Mayat Lelaki 30-an Ditemui...

SUNGAI PETANI - Mayat seorang lelaki berusia 30-an yang lengkap berpakaian jeans berwarna...

Jangan Sewenangnya Kenakan Caj...

KUANTAN - Pemilik restoren, kopitiam dan hotel di negeri ini dingatkan agar tidak...

Laporan Pasukan Khas Tangani...

PUTRAJAYA - Laporan Pasukan Khas Menangani Isu Felda telah siap untuk dibentangkan kepada Kabinet, kata...

“Tinggal Seru Tuhan Untuk Stacy Peluk Islam” – Akim Ahmad

Seantero pengikut dunia hiburan tempatan sudah mengetahui tentang hubungan cinta yang berbunga antara mantan peserta Akademi Fantasia, Akim Ahmad dan Stacy.

Mereka telah digosipkan bersama sejak beberapa tahun lalu, namun baru-baru ini, Akim akhirnya membuka mulut dan mendedahkan sendiri perihal percintaan mereka.

Akhirnya…Akim Ahmad Akui Bercinta Dengan Stacy

Dalam perkembangan terbaru, Akim memaklumkan bahawa keluarga dari kedua-dua belah pihak telah merestui hubungannya dan Stacy dan kini, dia sedang menunggu buah hatinya itu untuk memeluk Islam.

Memetik kenyataan pelantun lagu Mewangi itu dari portal Rotikaya, “Saya sendiri pun tak sedia lagi untuk berkahwin. Kita tunggu seru Tuhan dan tinggal dia (Stacy) nak peluk Islam. Tetapi kami sudah ke arah itu.

“Kedua-dua buah keluarga sudah merestui hubungan kami. Jadi untuk ke peringkat seterusnya saya rasa perlu menyiapkan banyak perkara dalam kehidupan.

TERDAHULU: Stacy Anggap Tuduhan Dirinya Peluk Islam Adalah Melampau

“Sebab kehidupan berkeluarga ini satu perkara yang berbeza, mungkin bila kita seorang kita dapat kawal semua itu, tapi bila sudah berkeluarga semua itu ada batasnya.

“Saya belum bersedia ke arah itu sebab masih lagi berkeinginan dan orang tak boleh halang.”


Sementara itu, Akim turut memberitahu, seandainya mereka mendirikan rumah tangga kelak, dia tidak mempunyai masalah untuk mendidik Stacy kerana yakin dengan ilmu yang dipelajarinya selama ini.

“Insya-Allah untuk mendidik tidak ada masalah sebab kita pun ketua keluarga. Ilmu yang diberikan oleh ibu bapa saya itu cukup lengkap dan tahu akan batas-batasnya, yang penting niat kita sendiri.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Felicia Yeap – Ibu Ingat Saya Main-Main Peluk Islam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori