Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

830,000 Saman Belum Dijelaskan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 838,510 saman tertunggak belum dijelaskan oleh pemandu warga asing...

Hairul, Hanis Zalikha Selamat...

TAHNIAH diucapkan kepada pasangan selebriti popular, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang selamat menimang...

Marion Caunter, Suami Timang...

Tahniah diucapkan buat bekas hos program E News Asia yang juga ikon fesyen Malaysia,...

Perpaduan Rakyat Penting Bangunkan...

SANDAKAN - Perpaduan rakyat harus dikekalkan yang menjadi faktor penting kepada usaha membangunkan...

Tipu Teman Wanita: Kelindan Lori Dipenjara 12 Bulan, 1 Sebatan

KUALA LUMPUR – Seorang kelindan lori dipenjara 12 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini selepas dia mengaku bersalah memperdayakan teman wanitanya untuk menyerahkan wang sebanyak RM7,800 kononnya untuk persiapan perkahwinan mereka.

Majistret Nurliana Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Khairul Afendy Zulfikrie Tazan, 28, yang mengaku bersalah memperdayakan wanita berumur 24 tahun itu sehingga menyerahkan wang berkenaan bagi menguruskan pembayaran pakej perkahwinan mereka.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap pada 8 Mei lepas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Persiaran 3, Bandar Baru Selayang di sini antara Oktober tahun lepas dan pertengahan Februari tahun ini.


Mohd Khairul Afendy Zulfikrie didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menanggung ibu dan adik yang masih belajar.

Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana mangsa mengalami kerugian dan trauma akibat kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori