Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 40% Sekolah Tahfiz...

LABUAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti sekurang-kurangnya lebih 40 peratus...

Banjir Di Kedah Menurun...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah pada 12 tengah hari...

PTSS Bakal Terima 995...

KANGAR - Lima belas orang kurang upaya (OKU) antara 995 pelajar yang bakal...

PM Lancar Pasukan Bersepadu...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Tiru Budaya Barat Punca Peserta Malaysia Gagal Ke Final ‘AGT’

PERJALANAN seni peserta dari Malaysia, Sada Borneo dalam program realiti terkenal, Asia’s Got Talent (AGT) terhenti setelah gagal melangkah ke peringkat akhir pertandingan tersebut.

BACA: Video.. Muzik Malaysia Pukau Kesemua Juri Asia’s Got Talent!

Menurut juri Asia’s Got Talent (AGT) iaitu David Foster, kegagalan Sada Borneo untuk melayakkan diri dalam peringkat akhir pertandingan itu disebabkan kumpulan itu tidak mempamerkan keaslian budaya yang sebenar dalam persembahan yang ditampilkan.

Barisan juri Asia's Got Talent.
Barisan juri Asia’s Got Talent.

Kata David, persembahan Sada Borneo banyak dipengaruhi budaya Barat sekali gus gagal untuk mengangkat keunikan budaya yang ingin ditinjolkan.

“Bagi saya mereka (Sada Borneo) tidak cuba menunjukkan budaya mereka dengan cara tersendiri tetapi sebaliknya mereka lebih meniru budaya Barat.

“Pada persembahan uji bakat, saya pernah memberitahu mereka tidak perlu menggunakan gitar elektrik dalam persembahan kerana keaslian alatan muzik yang digunakan sudah cukup unik.

“Bagaimanapun mereka degil dan tetap menggunakan gitar bes pada persembahan di peringkat separuh akhir dan itu menjadi punca kekalahan mereka,” katanya dalam sidang media yang berlangsung semalam di Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur.


Kumpulan Sada Borneo terdiri daripada lima jejaka dari Sabah dan Sarawak iaitu Hallan Hashim, 24, selaku ketua kumpulan; Hilmi Isa, 24; Allister Changat, 22; Julian Frederick, 22, dan Nick Fadriel, 22.

Sementara itu, David yang merupakan pemenang Anugerah Grammy mengakui sangat mengagumi bakat dan kebolehan yang terdapat di negara Asia.

Nasib sembilan peserta akhir AGT akan diketahui Khamis ini dalam rancangan yang bersiaran pada pukul 8.05 malam di saluran Astro AXN (saluran 701) dan AXN HD (saluran 721).

Juara AGT akan membawa pulang hadiah utama bernilai RM360,000,00 (USD100,000) dan membuat persembahan di Marina Bay Sands, Singapura. – MYNEWSHUB.CC

 

Oleh: CARRIE
Sumber: mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori