Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kelantan, Pusat Sekata Isu...

KOTA BHARU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju dengan dasar-dasar dilakukan kerajaan negeri...

KPN Beri Amaran Kepada...

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran...

Ketum Hadapi Masa Hadapan...

KUALA LUMPUR - Sejak berdekad lamanya ketum menghulurkan jasa kepada masyarakat terutama di...

Aliran Tunai Felda ‘Hampir...

KUALA LUMPUR - Sewaktu sidang media pertamanya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan...

TMJ Beri Mario Gomez Kuasa Penuh Rombak JDT

KEHADIRAN Mario Gomez sebagai ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) turut bakal menyaksikan rombakan bagi pasukan JDT II hingga JDT V dalam usaha kelab itu menaikkan kembali prestasi kesemua pasukan di bawah naungannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata kepakaran dan pengalaman bekas pembantu jurulatih kelab Valencia dan Inter Milan itu amat diperlukan bagi mendidik para pemain JDT untuk jangka masa panjang.

Baginda berkata kepakaran Gomez bukan sahaja mendidik pemain malah bertanggungjawab untuk merombak kembali pasukan JDT II sehingga JDT V.

“Beliau juga hendak beri tumpuan pada JDT V hingga JDT II yang sekarang banyak menunjukkan keputusan teruk. Itupun kita akan rombak dan buat perubahan juga”.

“Masa depan kelab ini ialah pembangunan belia. Itulah yang dikehendaki Mario (Gomez) dan saya akan beri sepenuh kuasa untuk beliau buat rombakan,” titah baginda kepada pemberita pada taklimat media di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini.

Tunku Mahkota Johor berkata fokus utama JDT sekarang adalah untuk program pembangunan bola sepak di negeri ini dan bukan sekadar menumpukan kepada keputusan semata-mata.

Tunku Ismail berkata dengan pengalaman Gomez di pentas antarabangsa, ia bukan sahaja dapat membantu mendidik para pemain tetapi juga mendidik pembantu jurulatih tempatan.

Dengan pembantu jurulatih, Raul Marcos Longhi dan Ismail Ibrahim, jurulatih dari Argentina itu akan memastikan kelangsungan pembangunan bola sepak di Johor berjalan dengan lancar.


“Tumpuan Gomez bukan sahaja untuk JDT menang tapi juga pasukan-pasukan lain juga perlu menang. Kita perlu mendidik pemain untuk jadi pemenang. Kita tidak boleh mempunyai orang yang kalah,” titah baginda.

Tunku Mahkota Johor turut mengingatkan para pemain supaya tidak berasa selesa dan cepat berpuas hati dengan sebarang pencapaian dan terus berusaha untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam perlawanan.

Sementara itu, Gomez, 58 tahun, berkata komunikasi yang baik antara pemain dan jurulatih perlu diperbaiki bagi memastikan perubahan dapat dilakukan.

Mengenai status pemain import Alhaji Kamara, Tunku Ismail berkata ia akan ditentukan oleh Gomez dan baginda akan menyokong sebarang keputusan yang bakal dibuat.

“Status mengenai Kamara sama ada akan dipulangkan atau dikekalkan akan dibuat pada masa terdekat. Itu atas kuasa jurulatih terbaharu kita,” titah baginda.

Kamara, dari Sierra Leone, sehingga kini telah membuat empat kali penampilan dalam perlawanan dengan satu gol bersama JDT. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori