Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Himpunan Fastaqim PAS Kumpul...

KUALA LUMPUR - PAS mengumumkan parti itu menerima sumbangan RM209,577 dalam Himpunan Fastaqim...

Pengusaha Stesen Minyak Setuju...

PUTRAJAYA - Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bersetuju dengan pendekatan baharu penetapan...

Rihana Oksana Dicerai Talak...

KUALA LUMPUR - Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26,...

Gara-Gara Tendangan Luar Biasa,...

CRISTIANO Ronaldo berterima kasih kepada penyokong Juventus kerana memuji tendangan luar biasanya ketika...

TMJ Sindir Khairy.. Suruh Tendang Tiang Penjuru

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail kelmarin meminta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menendang tiang penjuru padang Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memeriksa kekuatan tiang bendera tersebut sebelum perlawanan akhir Piala FA 2015 berlangsung malam ini.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah, Khairy Jamaluddin wajar berbuat demikian kerana itu memang cara menteri tersebut memeriksa kekuatan tiang penjuru padang.

“Sebelum perlawanan akhir Piala FA, mungkin Khairy Jamaluddin boleh memeriksa kualiti padang dan menguji kekukuhan bendera penjuru dengan menendangnya barang sekali dua seperti dilakukan tahun lepas.

“Kalau YB perlukan sedikit panduan dalam hal tersebut, saya boleh tolong tunjukkan. Syabas dan terima kasih,” titah baginda dalam satu kenyataan kelmarin.

Tunku Ismail dipercayai bertitah demikian bagi menyindir Khairy Jamaluddin yang pernah menyindir baginda kerana membuat aksi menendang tiang bendera penjuru di Stadium Larkin pada Oktober tahun lalu.

Baginda membuat aksi itu sebagai reaksi menyambut kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) 3-1 ke atas Terengganu, namun mendapat kritikan ramai pihak.


Khairy Jamaluddin membuat sindiran ke atas Tunku Ismail melalui media sosial dengan menyiarkan gambarnya mahu menendang tiang penjuru padang.

“Saya `test’ sendiri kekuatan tiang `corner flag’ apabila diterajang,” sindir Khairy Jamaluddin.

Tunku Ismail dipercayai membuat sindiran ke atas Khairy Jamaluddin kelmarin kerana pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa menggunakan khidmat Penyelia Padang PBNJ, Koichi Hiroi untuk menyelenggara padang stadium tersebut yang mendapat kritikan ramai pihak selama ini.

“Diharapkan supaya pada masa akan datang, Menteri Belia dan Sukan serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menyombong menolak cadangan penambahbaikan tanpa diberikan pertimbangan,” titah baginda.

-ƃā€šĆ‚Ā MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori