Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pembekal Daging Hidupan Liar...

KOTA KINABALU - Jabatan Hidupan Liar Sabah sedang giat memburu pihak yang terbabit...

Anak Ikan Paus Kelasa...

LABUAN - Seekor anak ikan paus kelasa ditemui mati terdampar di pantai Kampung...

Kisah Hantu Naik Uber...

SEORANG pemandu Uber terpaksa berhadapan dengan situasi menyeramkan apabila menerima panggilan daripada pelanggan...

3 Maut Dalam Kemalangan...

SEREMBAN - Tiga maut dan lima cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan...

Tol Di Jambatan ASEAN Untuk Kenderaaan M’sia Dimansuhkan

MIRI – Berkuat kuasa 1 Jun, kenderaan berdaftar di Malaysia yang menggunakan jambatan ASEAN tidak lagi perlu membayar tol RM10 kerana ia dimansuhkan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, semasa mengumumkan pemansuhan bayaran tol itu, berharap langkah itu dapat mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan jambatan itu yang menghubungkan Malaysia dan Brunei.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Shin Yang Group of Companies atas kerjasama mereka dalam memansuhkan tol itu demi faedah rakyat Malaysia,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-10 Bandaraya Miri di sini malam tadi.

Dibuka secara rasminya pada 30 Ogos 2003, jambatan berharga RM178 juta itu merupakan jalan penghubung penting bagi mereka yang memilih untuk menggunakan kenderaan dari Miri ke Brunei, Limbang dan Kota Kinabalu dengan tol RM10 bagi perjalanan sehala.

Pemansuhan tol di negeri ini merupakan yang kedua diumumkan oleh Adenan dengan yang pertama bagi jambatan Lanang di Sibu membabitkan pemansuhan tol 50 sen bagi motosikal, RM3 (kereta), RM5 (van dan pacuan empat roda) dan RM10 (lori dan bas) berkuat kuasa 25 Mei. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori