Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Suri Rumah Lesap RM181,650...

IPOH: Kes individu terperdaya dengan 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon nampaknya...

Urus Stres Dengan Baik...

KUALA LUMPUR - Urus stres dengan baik dan kerap bersenam adalah antara tip...

Selepas Sejam, Najib Masih...

PUTRAJAYA - Proses mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan kes...

Orlando Bloom Digosipkan Bercinta...

PELAKON British, Orlando Bloom kini sedang hangat digosipkan bercinta dengan aktres Brazil, Luisa...

Toshiba Keluar Singapura Sebab Produk Tidak Laris

SINGAPURA – Gergasi pengeluar produk elektronik terbesar dunia, Toshiba dari Jepun bakal menarik keluar semua barangan jualannya di Singapura akhir Mei ini ekoran persaingan amat sengit pasaran republik itu.

Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, Toshiba telah menghantar notis kepada semua peruncit di negara itu bagi memaklumkan penarikan semua produk pengguna jenama itu dari pasaran Singapura hujung bulan ini.

Tinjauan media mengesahkan ramai peruncit sudah menerima notis menerusi e-mel dan surat sejak beberapa minggu lalu bagi memastikan tiada lagi tempahan baharu oleh pekedai selain bagi menghabiskan stok lama.

Jurucakap Toshiba dalam pada itu menjelaskan, keadaan tersebut perlu dibuat kerana isu saingan terlalu sengit dalam pasaran tepu Singapura dan terpaksa membuat ‘keputusan sukar’ menamatkan jualan di republik itu.

Dalam satu kenyataan media, Toshiba bagaimanapun memberi jaminan bahawa perkhidmatan selepas jualan masih lagi berterusan seperti biasa sehingga notis makluman selanjutnya dikeluarkan pada masa akan datang.

Namun, beberapa peruncit kecil yang ditemui media Singapura melahirkan perasaan bimbang susulan tindakan Toshiba tidak lagi menjual semua produk elektronik termasuk set televisyen di pasaran republik berkenaan.


Seorang pemilik kedai tempatan berkata, separuh daripada produk elektronik di premisnya adalah dari jenama Toshiba dan sebahagian besar pelanggan tetap juga adalah pengguna setia barangan jenama Jepun tersebut.

Ujar pekedai wanita itu, kebanyakan peruncit kecil memang ada masalah dari segi jualan ekoran ramai pengguna semakin cerewet berbelanja besar dan langkah terbaharu Toshiba menambahkan lagi masalah menjadi lebih teruk.

Penganalisis ekonomi pula mendakwa, rakyat Singapura khasnya generasi muda amat menggemari produk buatan Korea Selatan yang dikatakan paling baik kualitinya selain faktor pengaruh kuat K-Pop. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori