Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pulang Dalam Koma Selepas...

WASHINGTON – Penuntut Amerika Syarikat (AS) yang ditahan di Korea Utara atas tuduhan...

Kerana Gambar Throwback, Fathia...

NAMA pelakon Fathia Latiff bagaikan tidak boleh lari daripada dikaitkan dengan pelbagai kontroversi...

Mesyuarat UMNO Berlangsung Petang...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan berlangsung di ibu pejabat...

MYCC – Bergerak Tanpa...

PERSOALAN yang ditimbulkan Datuk Seri Jalaludin Alias (BN-Jelebu) di Parlimen hari ini berkaitan...

Tourism Malaysia Sasar 50,000 Pengunjung Ke Magic Of The Night

JIKA selama ini ramai orang sering beranggapan tiada apa yang menarik di Putrajaya, jomlah isi masa lapang anda di Putrajaya pada cuti hujung minggu ini.

Ini kerana terdapat dua aktiviti menarik yang boleh diterokai anda sekeluarga dengan pertunjukkan Magic of the Night (MOTN) selain himpunan bunga terbesar, Royal Floria Putrajaya 2015 yang bakal menghimpunkan sebanyak 50 jenis flora dari seluruh dunia.

magic of the night
Keindahan yang terdapat pada Festival Keajaiban Malam/Magic of the Night.

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia (TM) Hisyamuddin Mustafa, kedua-dua program ini diadakan serentak pada minggu yang sama adalah untuk mengalakkan penduduk di Putrajaya mahupun dari luar Putrajaya bersama-sama memeriahkan kedua-dua karnival yang diadakan khas oleh pihak kementerian untuk penduduk Malaysia selain menarik kehadiran pelancong luar dengan keunikan yang terdapat di Malaysia.

5
Hisyamuddin Mustafa (dua dari kiri) bersama-sama rombongan Tourism Malaysia memeriahkan promosi di Menara Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang sudah dirangka untuk Magic of the Night termasuk persembahan kebudayaan, tarian, buskers, gendang, persembahan artis dan pertunjukan bunga api.

“Bagi Magic of the Night atau Keajaiban Malam, perarakan kapal berhias diadakan pada waktu malam tetapi sebelum itu pihak kita telah menyediakan gerai fabolous food yang mana menghidangkan makanan tradisional yang terdapat di seluruh Malaysia antaranya rendang tok Perak, masakan ikan patin tempoyak Pahang, laksa Utara dan sebagainya.

“Tujuan MOTN diadakan adalah untuk menarik penduduk di Putrajaya serta di kawasan sekitarnya dengan apa yang boleh ditawarkan di sini.

“Pihak kami menyasarkan sebanyak 50,000 pengunjung hadir pada majlis ini dan kami yakin angka itu dapat dicapai untuk karnival yang berlangsung selama empat hari ini,” katanya ketika ditemui semasa sesi jelajah promosi Magic Of The Night dan Royal Floria 2015 di ibu kota, semalam.

Selain MOTN, pihak mereka turut menganjurkan pesta bunga besar-besaran, Royal Floria 2015 yang diadakan bermula 30 Mei sehingga 7 Jun ini.

Royal Floria 2015 akan diadakan di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya dan untuk tambahan tahun ini disediakan rumah empat musim bagi menarik kunjungan pelancong sama ada dari dalam mahu pun luar negara ke tapak pameran tersebut.

floria
Antara bunga yang boleh didapati pada Royal Floria Putrajaya 2015.

Menurut Pengarah Tourism Kuala Lumpur, Azmi Abdullah, “pihak kami telah menaikkan taraf Floria menjadi Royal Floria pada tahun ini. Para pengunjung dapat melihat lanskap-lanskap menarik daripada landscaper selain kami menyediakan rumah empat musim bagi memberikan pengalaman suasana seperti berada di luar negara.”

Royal Floria bakal menghimpunkan pelbagai jenis flora lebih-lebih lagi daripada bunga Lily yang menjadi tema festival tahun ini.


floria1
Antara bunga yang boleh didapati pada Royal Floria Putrajaya 2015.

Bagi mempromosikan dua festival menarik itu, pihak TM telah memulakan sesi jelajah TM bersama pihak media selama empat hari yang bermula dari Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan dan berakhir di Kuala Lumpur, semalam.

Tujuan mereka adalah untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada pengunjung sasaran bagi memeriahkan festival yang dijalankan secara tahunan itu.

Persatuan Kebudayaan Selangor turut serta dalam rombongan tersebut dengan mempersembahkan tarian Cuti-Cuti Malaysia sambil menggayakan pakaian tradisional etnik-etnik yang terdapat di Malaysia.

3
Penari Persatuan Kebudayaan Selangor membuat persembahan tarian tradisional.
1
Penari Persatuan Kebudayaan Selangor membuat persembahan tarian tradisional.

Jadi, buat anda yang berkesempatan, jangan lupa melawat kedua-dua aktiviti menarik yang disediakan buat anda sekeluarga ini!

Pastinya ia bakal meninggalkan seribu satu pengalaman yang tidak ternilai dengan hanya berkunjung ke Putrajaya sahaja anda sudah boleh menikmati festival yang penganjurannya bertaraf antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC 

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Foto:  HAZIQ EHSAN 

2015 Royal FLORIA Putrajaya Festival Promotional Video

Promo Magic Of The Night 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori