Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terusan Panama Sesak Susulan...

MEXICO CITY - Pihak Berkuasa Terusan Panama (ACP) pada Jumaat berkata masa menunggu...

Kadar Pesakit Sembuh Koronavirus...

PUTRAJAYA - Bilangan keseluruhan pesakit yang sembuh daripada jangkitan koronavirus lebih tinggi berbanding...

Kantoi Curang, Lelaki Penggal...

BERANG dengan perbuatan selingkuh isterinya, seorang petani dari India tergamak memengal kepala isterinya. Narayan...

Rasuah RM5.4 Juta: Pengurus,...

CHUKAI - Seorang pengurus pembangunan perniagaan sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan isterinya...

Ulama Seluruh Dunia Berkumpul Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Buat julung kali Malaysia akan menjadi tempat perhimpunan para ulama Islam dari seluruh dunia bagi membincangkan berkenaan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Penganjur dalam satu kenyataan memberitahu, program yang julung kali diadakan di negara ini itu akan menjadi perhimpunan terbesar ulama dari seluruh dunia termasuk Arab Saudi, Yaman, Syria, United Kingdom, India, Australia, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand dan Singapura.

“Mereka akan membincangkan 10 topik penting dan sering dibangkatkan berkenaan Manhaj atau Perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Ia bertujuan memberi pencerahan pelbagai persoalan yang menjadi kekeliruan umat Islam selama ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, perhimpunan ulama dari seluruh dunia itu akan turut merungkai sejarah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai legasi besar di seluruh nusantara.
“Ahli Sunnah Wal Jamaah ini sudah wujud sejak 900 tahun yang lalu ketika di zaman pemerintahan khalifah Uthmaniyah,” kata kenyataan itu.


Kata kenyataan itu, Program Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jammah Sedunia Malaysia 2015 itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari 6 hingga 8 Mei 2015.

Antara ulama yang menyertai program tersebut ialah:

1- Habib Umar ben Hafidz (Yaman)
2- Habib Omar Al Gailani (Arab Saudi)
3- Habib Faisal Al Kaff (Arab Saudi)
4- Syeikh Tawfeeq Al Booti (Syria)
5- Syeikh Yaser Al Qotmani (Syria)
6- Syeikh Fawwaz Al Namer (Syria)
7- Syeikh Abu Bakar (India)
8- Syeikh Abdul Hakim (India)
9- Syeikh Sayyid Ibrahim India)
10- Habib Jindan Bin Jindan (Indonesia)
11- Habib Ahmad Bin Jindan (Indonesia)
12- Kiyai Muhammad Muhyiddin (Indonesia)
13- Syeikh Abdul Muez Al Nufti (Australia)
14- Syeikh Yahya Rodus (Amerika Syarikat)
15- Syeikh Abdul Karim (Amerika Syarikat)
16- Syeikh Afifuddin Al Jailani (Arab Saudi)
17- Habib Abu Bakar Al Masyhur (Arab Saudi)
18- Syeikh Muhammad Yahya Al Ninowi (Amerika Syarikat)

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori