Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pegawai Tertinggi 1MDB ‘Dibelasah’...

The Malaysian InsiderSekumpulan pegawai tertinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimarahi Tun Dr Mahathir...

Penduduk Kuala Dulang Terima...

YAN - Penduduk Kampung Kuala Dulang yang kawasan rumah mereka terlibat dengan masalah...

PAP Desak ROS Segera...

GEORGE TOWN - Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS)...

Cucu Belasah Nenek Sendiri...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes kematian...

Venue Pertandingan Sukma Siap Sebelum Temasya Sukan

KUCHING – Menteri Pembangunan Sosial Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom yakin pembinaan semua venue pertandingan untuk Sukan Malaysia 2016 (Sukma 2016) dapat disiapkan lebih awal sebelum temasya sukan berkenaan bermula.

Menurut Mawan, selain venue pertandingan dan kemudahan yang sedia ada dan diberi wajah baru, kompleks akuatik baru yang sedang dalam pembinaan berhampiran Stadium Sarawak di sini juga sudah 70 peratus siap pembinaannya.

Katanya, kompleks akuatik yang berharga RM163 juta itu dijadual siap sepenuhnya menjelang Oktober tahun ini sementara Stadium Sarawak yang sedang dibaik pulih juga dijangka siap menjelang Februari tahun depan.

Beliau berkata, Stadium Sarawak yang dibina pada tahun 1997 untuk Kejohanan Piala Dunia Remaja, apabila siap diperbaiki akan menjadi sebuah stadium yang sangat indah akan turut digunakan sebagai venue untuk upacara pembukaan dan penutupan Sukma 2016.

Kemudahan lain yang turut dibina untuk Sukma 2016 ialah sebuah padang hoki berumput tiruan selain pusat jimnastik yang sudahpun siap dan sedang digunakan.

Kesemua kemudahan sukan berkenaan terletak di Kompleks Sukan Sarawak di Petra Jaya termasuk Stadium Peraduan Negeri, padang bola baling dan stadium Negeri.


Selain itu, menurut Mawan kemudahan lain yang sedang dalam pembinaan ialah stadium badminton dan bola tampar di Sibu serta pusat karate-do di Miri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembinaan pusat akuatik di Petra Jaya di sini, hari ini.

Mengenai persiapan kontingen negeri, Mawan berkata sebagai tuan rumah Sukma 2016 sasaran Sarawak adalah untuk muncul juara setelah kali terakhir menjadi juara temasya sukan berkenaan 20 tahun yang lalu.

Katanya, sebanyak 24 jenis sukan akan dipertandingkan termasuk 19 sukan wajib.

“Dengan latihan yang mencukupi saya cukup yakin dengan kemampuan atlet-atlet kita merealisasikan impian kita untuk muncul juara pada temasya sukan berkenaan tahun depan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sukma

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori