VIDEO seorang pembantu rumah warga Indonesia mengakui rakan senegaranya memperoleh MyKad dan menerima duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) mula tersebar di laman Facebook sejak semalam.
Berdasarkan rakaman wanita itu menceritakan bahawa rakannya mendapat MyKad sejak 3 bulan lalu tanpa perlu membayar sesen pun selain turut menerima BR1M.
Amah Indonesia Akui Dapat Mykad & BR1M by mynewshub
“Dapat IC, dapat duit (RM500 BR1M) pun. Itu pasal saya pelik sangat,” katanya.
Apabila ditanya mengenai pihak manakah yang memberikan MyKad dan RM500 itu, wanita itu hanya memberikan jawapan tidak tahu.
Bagaimanapun wanita itu mendedahkan mereka sudah menetap di Malaysia selama 15 tahun dan tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan dan pasport.
Menurutnya lagi, individu yang memberikan MyKad & BR1M itu mempunyai hubungan yang ‘kamceng’ dengan Ketua Kampung di Kelana Jaya, menjadikan mereka mempunyai kelebihan untuk mendapat dua keistimewaan hak rakyat Malaysia itu.
Tinjaun Mynewshub bagaimanapun mendapati video ini sebenarnya sudah mula dimuat naik sejak 2 tahun lalu namun kembali disensasikan sekarang.
Tidak diketahui punca sebenar video ini kembali tersebar namun eloklah kiranya pihak berwajib berkaitan memberikan kenyataan untuk mengelakkan berlaku salah faham di kalangan rakyat dan ada pihak menangguk di air keruh untuk memberikan imej negatif tentang kerajaan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq