Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Noor Aziah Dilantik Pesuruhjaya...

PUTRAJAYA - Pensyarah undang-undang, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal dilantik sebagai Pesuruhjaya...

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah dilaporkan di lokasi 35 kilometer timur...

Pandelela, Nur Dhabitah Gagal...

KUALA LUMPUR - Skuad terjun Malaysia mungkin pulang dengan tangan kosong pada Siri...

Bot Karam: Operasi SAR...

KOTA KINABALU - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot...

VIDEO: Apabila Samseng Jalan Raya Bertemu Buku Dengan Ruas

TU DIA! Inilah yang dikatakan apabila buku bertemu dengan ruas.

Seorang pengguna jalan raya berjaya merakam aksi tiga lelaki yang dilihat ‘berkungfu’ ketika berada dalam kesesakan lalu lintas.

Menurut Facebook Daily Trafic, insiden pergaduhan ini dilaporkan berlaku di Petaling Jaya dan berpunca akibat berlakunya salah faham di antara kedua pemandu ini.


Apabila Samsung Kena Tibai Balik by mynewshub

Melalui pengamatan kami, visual menunjukkan lelaki memakai baju biru berjalur keluar dari kereta lalu memarahi pemandu kereta hitam yang berada sebelahnya.

Tidak cukup dengan itu, dia kemudian menendang pintu kereta berkenaan.

Berikutan tindakannya, seorang lelaki dipercayai penumpang kereta berkenaan keluar lantas berlaku pergelutan sehingga dia ditolak sampai jatuh.


Sehingga rakaman berakhir, tiada pengguna jalan raya yang kelihatan cuba membantu meleraikan pergaduhan walaupun ia berlaku ketika kesesakan teruk di mana semua kenderaan lain yang berada di situ kelihatan tidak bergerak.

Nak belasah mangsa, sekali sendiri kena belasah. Kan elok jika dibawa berbincang dulu bro, pasti tidak terjadi kes ‘berkungfu’ seperti ini.

Sikit-sikit nak bertumbuk…

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori