Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Calon Terbaik...

Berita tentang Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan cadangan tarikh...

Bekalan Darah Di Perak...

IPOH - Bekalan darah di unit tabung darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)...

Nelydia Senrose Nafi Bercinta...

BEBERAPA bulan kebelakangan ini, kedengaran khabar angin kononnya wujudnya hubungan cinta antara pelakon...

6 Lagi Didakwa Anggotai...

KAJANG - Enam lagi lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

Video Bayi Didera Merupakan Rakaman Kes Lama

IPOH – Video yang memperlihat seorang bayi didera yang menjadi viral sejak beberapa hari lalu merupakan rakaman kes lama.

Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Ipoh, Supt Anuar Othman berkata suspek yang merupakan ibu bayi tersebut turut membuat rakaman lain.

“Jadi tidak ada kes penderaan baharu,” katanya.

Rakaman berdurasi 52 saat itu yang memaparkan bayi tersebut dicampak atas katil dan digoncang serta dilambung seorang wanita menjadi viral di Facebook dan WhatsApp.


Kejam! bayi dicampakkan, dipusing dan digoncangkan by mynewshub

Kes tersebut pada mulanya dilapor pada 19 April lepas.


Beliau berkata mahkamah telah memerintahkan bayi berkenaan diserah untuk jagaan neneknya dengan diselia Jabatan Kebajikan Masyarakat.

[VIDEO: Bayi Digoncang, Dicampak Dan Dipukul Dengan Kejam]

“Bayi tersebut kini dalam keadaan sihat dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tiada sebarang kecederaan padanya,” katanya.

Anuar berkata ibu bayi tersebut yang berumur 17 tahun telah diberi kaunseling dan kertas siasatan kes telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori