SIAPA yang menafikan kehebatan budak ni berkungfu memang buta kayu.
Dalam video berdurasi 1:24 di bawah, seorang kanak-kanak yang baru berusia 5 tahun mempamerkan kehebatannya berkungfu sepantas Bruce Lee dalam filem lakonannya.
Kanak-kanak bernama Ryuji Imai dari Jepun ini sememangnya peminat tegar pelakon legenda ini hinggakan dia digelar ‘mini’ Bruce Lee.
Kehebatan Ryuji membuatkan laporan berita tentangnya disiarkan pelbagai media antarabangsa termasuk CNN. Malah ada yang menganggap, dia seumpama ‘kelahiran semula’ Bruce Lee.
Jom saksikan kehebatan kanak-kanak ini beraksi serentak dengan filem Bruce Lee yang ditayangkan pada skrin TV di belakangnya..
https://www.youtube.com/watch?v=pzXL-KM2UqU
Hebat gile kan?
Diharapkan anda tidak meniru aksi Ryuji Imai kerana jika tak secekap dia, maka kemungkinan besar anda hanya akan mencederakan diri sendiri.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi