Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hormati Keputusan Jailani Letak...

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif...

Guru Perlu Berakhlak Tinggi...

KANGAR - Para guru di negeri ini perlu menggembleng tenaga bagi melahirkan pelajar...

2 Angkat Sumpah Sebagai...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Donald...

Wanita Dipenjara Miliki Rokok...

KULIM - Seorang wanita dihukum penjara tujuh hari dan denda RM26,000 oleh Mahkamah...

Video: Demo Penjenayah ‘Mengajar’ Cara Curi Kenderaan

MEMANG betul-betul mengejutkan. Satu video yang mendedahkan teknik mencuri kenderaan jenis Honda Civic telah memberikan tamparan buat pengguna-pengguna model tersebut di Malaysia.

Menurut maklumat, penjenayah yang berjaya diberkas itu telah diminta melakukan ‘demo’ cara dia mencuri sesebuah kereta dengan menggunakan alatan tersebut.

Alat berbentuk seakan ‘multimeter’ itu dinamakan CI PROG 300 key programmer dan acapkali digunakan si penjenayah dalam kegiatannya.

https://www.youtube.com/watch?v=LwDQLS1fARk&feature=youtu.be

Ia berfungsi sebagai pemecah kod kunci elektronik atau dikenali sebagai ‘reset immobilizer code tool’.

Secara ringkasnya, alatan tersebut akan meneutralkan kod elektronik yang terdapat dalam sistem kenderaan.


Setelah dinyah aktivkan kod elektronik, kunci baru kenderaan anda akan dipadankan dengan mekanisma elektronik yang baru dan ini membolehkan kereta anda dihidupkan.

Walaupun ciri-ciri keselamatan anti-kecurian pada kenderaan import telah diiktiraf, namun demo yang dipaparkan oleh penjanayah terbabit membuktikan kelompangannya sehingga ia masih mampu ditembusi.

Apa yang pasti, jika anda terlihat seseorang memegang gajet seperti di atas, sila laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori