Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jentera Kerajaan Perlu Serius...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan supaya jentera kerajaan mengambil...

Lautan Biru Meriah Warnai...

JIKA hari perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 pada kelmarin, Dewan Merdeka Pusat...

Ini 5 Destinasi Percutian...

BERGELAR penyanyi no.1 negara, pastinya banyak negara sudah dijelajahi Datuk Siti Nurhaliza demi...

Enggan Beri Komen, Zaharah...

KECOH menerusi media utama tempatan berita perkahwinan kali kedua bekas menteri besar Selangor...

VIDEO: Driver S’pura Langsi Cari Pasal Dengan Polis M’sia

SEORANG pemandu Singapura dirakam bertekak dengan polis Malaysia dalam satu video yang mula dimuatnaik di laman sosial sejak Ahad.

Difahamkan, insiden berlaku di Kastam JB apabila pemandu kenderaan Singapura terbabit disuruh berhenti oleh polis selepas didapati melanggar lampu isyarat merah.

Selepas memberhentikan kenderaan, pemandu terbabit dilihat sengaja menyukarkan keadaan apabila berulangkali bertanya kembali kepada anggota polis apa yang dimahukan walaupun sudah berkali-kali dia disuruh menunjukkan lesen.

Enggan memberikan lesen dan pada masa mempertikaikan kesalahannya, polis terbabit yang semakin hilang sabar memanggil rakan sejawatnya yang segera datang lalu turut meminta lesen.

Pada masa sama, polis meminta supaya wanita dipercayai isteri pemandu itu berhenti melakukan rakaman namun bersikap keras kepala sama seperti si pemandu, wanita itu menjawab dalam bahasa Mandarin bahawa dia mesti terus merakam sebagai bukti.

https://www.youtube.com/watch?v=dO7kqOIDl3k&feature=youtu.be


Ternyata, tindakan wanita degil itu harus diberikan penghargaan kerana menerusi ‘bukti’ yang diambilnya inilah semua orang boleh lihat bagaimana langsinya sikap pemandu ini yang mahu tunjuk lagak walaupun berada di negara orang.

Apa pun kami tertanya-tanya, aga-agak pemandu Singapura berani tak berkelakuan begini ketika ditahan polis di negara sendiri?

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori