KEBIASAANNYA orang ramai akan memberi perhatian kepada kehebatan persembahan individu di tepi jalan seperti kebolehan mereka menyanyi, menari, membuat silap mata dan banyak lagi.
Namun, situasi di sebuah bandar di Belgium ini berlainan apabila seorang nenek yang sedang bersiar-siar bersama anjing peliharaannya tampil membuat kejutan semasa seorang individu sedang membuat persembahan beatboxing di situ.
Nenek itu tanpa rasa janggal telah menunjukkan skill menarinya yang hebat sekali gus mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut.
Video yang dimuat naik 18 Mei lalu itu, kini sudah mencecah lebih 5 juta tontonan di laman Youtube.
Siapa kata orang tua tak boleh menari? Nenek ni buktikan orang tua pun mampu ok!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Pitt