Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Kereta Tak Semestinya...

PETALING JAYA - Harga kereta tidak semestinya akan turun selepas pelaksanaan Cukai Barangan...

Sridevi Mati Lemas, Bukan...

DUBAI - Bintang Bollywood Sridevi Kapoor yang meninggal dunia di sini hujung minggu...

Dron Makhluk Asing Berlegar-Legar...

PEGAWAI polis Sepanyol sedang mengambil gambar kenderaan mereka ketika cahaya daripada siren menunjukkan...

Rosmah, Rizal, Ku Nan...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil bagi...

Video: Kisah Sebenar Hafiz Mengaji Merdu Dalam Lokap..

16 MEI depan merupakan tarikh Israk Mikraj bagi tahun 2015.

Israk Mikraj penting dalam kalendar Islam kerana peristiwa tersebut menyaksikan Nabi Muhammad SAW menjalani perjalanan selama 3/4 malam sahaja sebelum kembali semula ke Mekah dengan menaiki buraq. Selepas peristiwa inilah, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat bagi umat Islam ditukar dari Baitulmuqaddis di Palestin kepada Mekah al-Mukarramah.

Di Malaysia, ada peristiwa menarik pada tahun lepas ketika Israk Mikraj baru sahaja berlalu dan Ramadan kian hampir. Ianya adalah kisah seorang anak muda dari Kemboja yang menyentuh hati ramai orang apabila ayat al-Quran yang dialunkannya penuh khusyuk dan merdu di sebalik jeriji besi bertebaran di laman sosial.

Anak muda itu adalah Mohd Nasis Yaakob, 21. Kini setelah Israk Mikraj hampir mendatang pada tahun ini, kisah sebenar menimpa Nasis terkuak ke pengetahuan umum menerusi video yang tersebar sejak April, diceritakan sendiri dari mulutnya.

Nasis memberitahu, ayat Quran yang dialunkannya lantas tersebar ke seluruh negara tak dirakam dengan sengaja.

Imbaunya, punca kedatangan ke Malaysia adalah dijemput bagi mengadakan ceramah dan kelas agama di negeri Pantai Timur sempena Israk Mikraj dan Ramadan.

Bagaimanapun disebabkan lapar pada satu malam, dia meredah jalan yang gelap untuk mencari kedai bagi mengalas perut dan ketika itulah kereta peronda polis mendatanginya.

Dipendekkan cerita, Nasis yang sememangnya bersalah dari sudut undang-undang dibawa ke balai dan menghuni lokap sebelum menunggu tarikh bicara.

Satu hari sewaktu menanti makanan dihulurkan di sebalik jeriji Nasis berkata, “Sambil-sambil tunggu nasi saya membaca Quran amalan sendiri, diorang (penghuni lokap lain) suruh baca kuat sebab nak dengar..”

Itulah permulaannya. Rupa-rupanya kemerduan suara Nasis tidak hanya menyentuh hati pesalah lain tetapi juga warden penjara yang diam-diam merakam bacaannya.


Menerusi video di bawah, pemuda Kemboja ini turut menerangkan, dia tidak sedar dirinya dirakam sebab itulah dia dalam keadaan tidak berbaju, memandangkan suasana dalam penjara yang panas.

https://www.youtube.com/watch?v=c4VnKc1K1Z0&feature=youtu.be

Setelah video bacaan al-Qurannya tersebar, nasib Nasis mula mendapat perhatian sehinggakan tempoh penjara yang sepatutnya 6 bulan disingkatkan menjadi 4 bulan.

Dalam tempoh tersebut, dia masih sempat berbakti kepada insan lain apabila menjadi imam bagi solat Terawih dan Fardhu di penjara, selain menjadi tempat bertanya tentang masalah agama.

“Betullah kata Allah SWT dalam al-Quran, siapa yang baca dan muliakan al-Quran maka Allah akan jaga dan muliakan dia sepanjang masa,” kata Nasis yang wajar dijadikan renungan bersama.

Beruntunglah mereka yang diberikan hidayah oleh Allah SWT dan semoga kita tergolong di antaranya.. amin.

Klik Untuk Baca Apa Yang Dilakukan Nasis Kini… 

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

3 KOMEN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori