Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bas Ekspres Terbalik: 2...

JOHOR BAHRU - Seramai 47 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki...

Isu Hutang, Aliran Tunai...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dapat membayar hutang dan menyelesaikan...

Polis Tekad Buru Blogger...

Pihak polis bertekad untuk terus memburu blogger seks Alvin Tan sehingga dia berjaya...

Pengerusi EMGS Tak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), Datuk Abdul Rahman Mohamed...

VIDEO: Pegawai Polis Ini Sound Ahlong ‘Kaw Kaw’ Punya!

VIDEO memaparkan seorang pegawai polis berpangkat tinggi memberi amaran kepada peminjam wang haram atau Ahlong supaya jangan buat kacau di kawasannya kini tersebar.

Sambil menunjukkan banting tertera nombor telefon yang biasa digunakan sebagai iklan menjerat mereka yang terdesak mahu menggunakan wang, pegawai polis tersebut berkata antaranya: “Along, masuk saya punya area, 10 orang mari, 10 saya bunuh!”

https://www.youtube.com/watch?v=xUZz2PZ7JbE&feature=youtu.be

“Lu tak puas hati, panggil lawyer jumpa sama saya. Jangan gantung (sticker pinjam duit) di area saya.

“Ahlong, Ahlong.. saya tak nak makan duit Ahlong tau! Saya tak mau DAP complaint, MCA complaint dekat saya.

“Ahlong, Ahlong, mari! Kalau berani jumpa saya. Kita bertarung, kita berlawan. You ada pistol, keluarkan! Saya tau Along ada pistol. Duit banyak, fikir tak ada duit? Along, faham?!”


Di akhir rakaman, pegawai polis yang kelihatan beremosi tersebut turut didengar menyumpah seranah Ahlong sekaligus membayangkan dia amat serius dengan amaran yang diberikan.

Walaupun daripada rakaman tempat yang didengar kedengaran seperti Menglembu, tidak dapat dipastikan sama ada pegawai polis ini sememangnya ‘menjaga’ kawasan sana.

Tujuan rakaman dibuat dan siapa yang merakam juga tidak dapat dipastikan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori