Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Trend Nama Anak Tahun...

MUNGKIN inilah yang dikatakan trend terkini, ibu bapa alaf baharu sering kali mendapat...

Dapatkah PRN Melaka Berlangsung...

KUALA LUMPUR - Mahu tak mahu, kita terpaksa berdepan juga dengan Pilihan Raya...

GAMBAR: Si Cilik Lara...

COMEL! Pastinya pengikut instagram Lara Alanaa iaitu anak kepada pasangan selebriti  Awal Ashaari dan...

Jangan Pandang Kecil Hasrat...

KUALA LUMPUR - "Hasrat dan kemampuan para pemimpin DAP berpolitik tidaklah sesekali boleh...

VIDEO: Beras Tiruan Dari China? M’sia Sila Berjaga-jaga!

JIKA sebelum ini kita ada mendengar kes telur tiruan yang dijual di pasaraya, nampaknya kali ini konsep ‘tiruan’ sudah menular kepada beras pula.

Dikatakan beras tiruan telah pun memasuki pasaran Singapura dan mula disebarkan ke negara jiran.

Beras tiruan ini dihasilkan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri lalu diproses agar sama bentuk dengan beras asli.

Menerusi sebuah video di saluran Youtube yang dikongsikan LiveLeak, dipaparkan cara-cara pembuatan beras palsu ini yang dikatakan berlaku di China.

https://www.youtube.com/watch?v=haSsXxxQBSo

Memetik laporan di portal The Star, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau ada mendengar tentang beras palsu dan kementeriannya tidak mengambil ringan perkara ini.

“Berita itu boleh jadi benar atau palsu, kita tidak tahu.”

“Kami juga tidak tahu jika beras palsu telah memasuki negara tetapi kita tidak boleh ambil ringan dan akan jalankan siasatan di seluruh negara,” katanya.

Beras tiruan dilaporkan telah memasuki negara-negara yang mempunyai kepadatan penduduk di luar bandar g ramai seperti India, Indonesia, Vietnam dan akhir-akhir ini, Singapura.


Hasan berkata siasatan akan dijalankan dan tumpuan diberi kepada kedai-kedai runcit kecil di kawasan luar bandar terlebih dahalu.

“Kami akan menjalankan siasatan tetapi saya menggesa pengguna tampil melaporkan kepada kementerian jika mereka menemui beras tersebut.

“Semua laporan yang dibuat akan dirahsiakan,” tegasnya.

Dalam satu laporan di portal Very Vietnam, beras tiruan ini kebanyakannya dihasilkan di China, terutama di Taiyuan dalam wilayah Shaanxi.

Memakan tiga mangkuk beras tiruan ini dikatakan sama seperti memakan sekeping beg plastik.

Jadi buat pembaca semua, kami nasihatkan supaya berjaga-jaga ketika membeli beras di pasaran, pastikan beras yang dibeli adalah asli.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori